Uncategorized

Muhyiddin Cakap PN Akan Kembali, Sekali Puad Bagitahu Bukan Mustahil

KUALA LUMPUR – Memang tidak mustahil untuk Tan Sri Muhyiddin dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) membuat kemunculan semula pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, beliau seorang ‘fighter’, kata Mohd Puad Zakarshi.

Muhyiddin juga seorang manipulator yang baik kerana beliau tahu ambil kesempatan.

”Sebab itu dia boleh jadi PM ke-8 melalui Sheraton Move. Dia jadi TPM zaman Najib, setelah menekan Pak Lah untuk percepatkan peralihan kuasa.

”Kini dia dan PPBM masih dalam kerajaan walaupun terpaksa meletak jawatan PM. Dia tahu apa akan dibuat sebab dia ada “langkah” rahsia,” kata Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam hantaran di Facebook.

Cuma, katanya, penghalang Muhyiddin adalah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta akar umbi UMNO yang menolak Bersatu.

Jelasnya, Presiden Bersatu itu tidak pernah ada akar umbi yang kuat.

Manakala UMNO pula sudah membuat keputusan bahawa 16 kerusi parti itu yang melompat masuk Bersatu dan Warisan akan kekal miliknya pada PRU ke-15.

Penghalang utama Muhyiddin adalah Najib, Zahid dan akar umbi UMNO yang menolak PPBM. Muhyiddin tidak pernah ada akar umbi yang kuat.

UMNO sudah buat keputusan, 16 kerusi UMNO yang melompat masuk PPBM dan Warisan kekal milik UMNO di PRU ke 15.

”Tiada kompromi. Semuanya bergantung “parti” mana yang dominan dan menguasai kerajaan,” ujar beliau

‘Kenyataan sokong Ismail Sabri cubaan terdesak Muhyiddin’

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menjelaskan sebab beliau menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kerana enggan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa dengan sokongan kumpulan kleptokrat.

Beliau berkata, terdapat beberapa perkara yang sangat canggung dalam penjelasan itu termasuk dakwaan Muhyiddin menyokong Ismail Sabri atas dasar ingin memastikan Perikatan Nasional (PN) kekal berkuasa.

“Pertama, ia nampaknya sekadar satu cubaan terdesak untuk menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat terhadap kegagalan kerajaan PN di bawah pimpinan beliau.

“Sedangkan hakikatnya, kejatuhan PN adalah disebabkan oleh desakan ketidakyakinan rakyat dan ia antara sebab penarikan sokongan oleh UMNO.

“Kedua, beliau sebenarnya sedar bahawa pendirian untuk menganggap UMNO secara umum sebagai pendukung kleptorat adalah tidak benar, malah sangat bercanggah dengan kesanggupan beliau yang kini kembali bekerjasama dengan ramai wakil UMNO,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ketiga katanya, penolakan Muhyiddin terhadap PH dan sebahagian pemimpin UMNO adalah bermusim dan sangat bersifat acuh tak acuh.

Ini kerana jelasnya, Perdana Menteri yang beliau sokong telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin PH atau pembangkang yang lain sebagai satu pendekatan baharu dan tidak terdapat sebarang bangkangan beliau dalam hal itu.

“Kesemua perkara ini menunjukkan dengan jelas bahawa pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebenarnya tidak mempunyai pendirian yang jelas dan tetap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *