Amalan

Peguam di hubungi oleh Hawa dan Allay berkenaan isu melibatkan pendakwah terkenal

Pagi tadi saya di hubungi oleh Buletin FM dan diajukan beberapa soalan oleh Ally Iskandar dan Hawa Rizwana.

Topiknya berkenaan isu yang sedang viral sekarang iaitu jen4yah/g4ngguan sek.sual oleh pendakwah terkenal.

Antara soalan yang diajukan, kenapa ada kebarangkalian mngsa tak.ut untuk tampil?

Jawab saya melihat situasi yang berlaku tahun lepas apabila ada pendakwah yang didakwa melakukan jen4yah sek.sual dan penerimaan masyarakat dan juga salah faham bahawa tiada tindakan diambil tegas atau pemenj4raan terhadap pelaku.

Misalnya apabila salah faham tentang bebas tah4nan reman itu dianggap dibebaskan walhal reman adalah proses siasatan bukannya tertuduh bebas kerana tidak bersalah.

Kes masih berjalan di mahkamah dan belum diputuskan lagi. Apabila kes tidak mendapat liputan oleh media seperti awal-awal kes dilaporkan dan pelaku kelihatan bebas walhal prosiding mahkamah masih belum diputuskan.

Maka ada anggapan bahawa kes selesai dan tiada tindakan kepada pelaku, ini menyebabkan ma=ngsa takut membuat laporan kerana barangkali tiada siasatan diteruskan. Malahan impak dari pandangan orang awam pula yang akan mengecam pengadu membuatkan pengadu bertambah takut dan bimbang untuk membuat dakwaan.

Soalan seterusnya melibatkan elemen bagaimana jika pengadu sendiri rela (suka sama suka)? Kita lihat dari konteks isi kandungan mesej yang tular. Bagaimana jika pengadu sendiri rela?

Soalan ini pernah ditanyakan kepada saya juga oleh seorang kenalan. Bagaimana jika ada elemen suka sama suka?

Soalan yang sangat baik dan saya ingin berikan pandangan serta pendapat saya. Sekiranya bagi tuduhan jen4yah sek.sual elemen paksa atau tiada kerelaan adalah sangat utama.

Jika dapat dibuktikan pengadu rela, ini akan mencacatkan kes di mahkamah dan barangkali diperingkat siasatan juga barangkali adalah NFA (No further action).

Berbeza jika mngsa itu kanak-kanak. Elemen kerelaan dalam kes kanak-kanak bukanlah pembelaan. Rela atau tidak, perbuatan sek.sual terhadap mngsa kanak-kanak adalah je4yah!

Jika melibatkan pengadu/mngsa dewasa. Suka sama suka. Jadi bagaimana yang dikatakan jen4yah?

Misalnya dalam kes -gol, di bawah se.ksyen 375 Kanun Kesek.saan seorang lelaki melakukan hubungan sek.sual dengan seorang wanita secara paksa atau tanpa kerelaannya.

Tetapi diingatkan bahawa dibawah Seksyen ini juga memberikan definisi perbuatan r0gol itu apabila mngsa juga rela TETAPI kerelaan yang diberikan itu secara tipu daya, ugutan mencederakan, kekeliruan, tidak faham ‘nature’ perbuatan r-gol, bawah umur 16 tahun, per-gol menggunakan hubungan profesional atau mempunyai pengaruh ke atasnya dan lain-lain seperti dalam Se.ksyen 375.

Bermakna walaupun sewaktu berlaku hubungan se.ks, ma=ngsa rela tetapi kerelaan diberikan atas dasar di atas, jadi perbuatan tersebut masih jatuh dalam kategori r-gol.

Dalam kes jen4yah se.ksual ini benar, kerelaan itu boleh menjadi pembelaan kepada tertu.duh tetapi tertakluk kepada fakta kes dan situasi.

Bagaimana pula dalam situasi, jika mngsa berdiam diri atau tidak memaki hamun. Pelaku anggap bahawa ma=ngsa rela dan pelaku terus melakukan perbuatan se.ksual tersebut kerana menganggap suka sama suka.

Adakah mngsa berdiam diri dianggap rela atau suka sama suka?

Kita lihat yang diputuskan dalam kes Mahkamah Agong India dalam State of Uttar Pradesh v. Devendra Singh AIR [2004] Supreme Court 3690, di ms 3692:

“Human behaviour varies from person to person. Different people behave and react differently in different situations. Human behaviour depends upon the facts and circumstances of each given case. How a person would react and behave in a particular situation can never be predicted”.

Kes ini sentiasa dirujuk di mahkamah, bagi mempertikaikan reaksi mngsa. Kes ini menjelaskan tentang reaksi manusia itu berbeza. Jika mngsa tidak menjerit atau marah tidak bermakna dia suka. Barangkali dia terkejut atau tr4uma. Barangkali juga dia dalam keadaan percaya atau tidak.

Pun begitu, pandangan peribadi saya. Sekiranya pengadu rela atau tidak, yang diadukan ini adalah seorang yang digambarkan olehnya membawa gaya kehidupan sebagai orang Islam.

Bukan semua perkara itu hanya boleh diputuskan dengan undang-undang. Maka, itu sebab ajaran agama adalah utama. Pendirian diri kita, kebaikan hati dan moral yang paling utama.

Misalnya sewaktu saya di Universiti, ada satu topik dalam subjek Equity/Jurisprudence. Perbezaan antara undang-undang dan moral. Diberikan satu situasi, jika kita berjalan dan terlihat ada seorang sedang lemas.

Kita ada pilihan untuk berenang dan selamatkan. Kita hebat berenang tetapi kita tidak mahu selamatkan atau cuba mahu selamatkan. Jadi kita lihat mngsa terkapai-kapai sehingga lem4s.

Adakah kita melakukan jen4yah? Adakah kita pembunuh? Ini antara perkara yang dikupaskan dalam topik ini. Kadangkala ada kesalahan moral bukan jen4yah (tertakluk kepada kes dan situasi).

Contoh kita tidak mahu beri makan kepada seseorang yang hampir mati kebuluran. Adakah kita pembunuh? Kalau dilihat dari konteks undang-undang sudah tentu bukan pembunuh seperti dibawah Se.ksyen 302 Kanun Kese.ksaan.

Jadi jika digambarkan oleh yang diadukan bahawa kehidupan itu mencari redha Allah. Bagaimanakah kehidupan yang redha Allah? Digambarkan begitu tetapi realitinya tidak.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan kepada saya. Jika pengadu rela adakah ianya jen4yah? Tertakluk kepada fakta kes barangkali tidak tetapi bagaimana pula dengan mesej dan kehidupan yang digambarkan oleh suspek? Adakah ianya selaras dengan yang digambarkan?

Apakah tanggungjawab moralnya kepada masyarakat? Apakah hukumnya dalam agama? Apakah tanggungjawabnya sebagai seorang Islam?

Oleh Nor Zabetha

Penyeb4ran video pendakwah terkenal, Timbalan Menteri Agama mula bersuara

PASIR PUTEH: Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mendahului undang-undang dengan menghakimi seorang pendakwah terkenal susulan penyebaran video dan mesej luc4h yang tular.

Pada masa sama, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, tindakan menyebarkan a.ib seseorang juga dilarang dalam agama.

“Nasihat saya kepada penyokong atau penentang kepada mana-mana tersangka ini perlu berhati-hati supaya mereka tidak mendahului undang-undang kerana seseorang itu belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Jadi, hormatilah proses undang-undang dan agama mengajar kita supaya tidak semberono menyebarkan a.ib seseorang itu sementelah lagi belum dipastikan benar oleh pihak mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Beliau juga meminta supaya warga maya dan netizen menghentikan perdebatan dan penyebaran apa jua bentuk rakaman di media sosial berhubung dakwaan ke atas pendakwah berkenaan.

Jelasnya, isu berkenaan sudah menjadi siasatan oleh pihak polis sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan reaksi berhubung dakwaan yang dihadapi oleh pendakwah berkenaan sehingga menimbulkan perdebatan di media sosial.

Menyentuh mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang kini ditahan di Thailand, beliau menjelaskan prosiding undang-undang akan diteruskan sekembalinya Muhammad Sajjad ke tanah air.

Prosiding undang-undang ke atas Muhammad Sajjad tertangguh disebabkan dia gagal hadir ke mahkamah atas dakwaan di bawah Enakmen Jen4yah Syariah Selangor.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *