Uncategorized

Peguam bagitahu sumbangan utk kebajikan, keagamaan. Sekali Hakim soal , kenapa sumbangan tunai bukan bentuk cek?

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyoal pasukan pembelaan mengapa sumbangan derma bernilai berjuta ringgit dikatakan daripada Yayasan Al-Bukhari (YALB) kepada Yayasan Akalbudi (YAB) tidak dalam bentuk cek tetapi dalam wang tunai.

Persoalan itu ditujukan kepada ketua pihak pembelaan Hisyam Teh Poh Teik apabila beliau berhujah mengapa pertuduhan ke-27 pengubahan wang har4m ke atas Ahmad Zahid perlu digugurkan.

Sequerah: Semua wang tunai yang disumbangkan Yayasan Al-Bukhari kepada Yayasan Akalbudi akan lebih mudah jika hanya menulis sekeping cek. Mengapa perlu membawa tunai yang penuh dalam sebuah bag?

Hisyam: Itulah aduan kami Yang Arif. Pihak pendakwaan tidak menyiasatnya. Ia hanya boleh dijawab oleh Yayasan Al-Bukhari.

“Kami bertanya kepada pegawai penyiasat, pegawai penyiasat berkenaan tidak pernah menyiasat. Oleh kerana tiada siasatan, kita tidak boleh kata ia adalah hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang. Hanya dan sehingga mereka menyiasat, hanya dan sehingga mereka memanggil seorang saksi daripada Yayasan Al-Bukhari di hadapan Yang Arif dan memberikan bukti.

“Tiada siasatan kerana tiada siasatan tidak boleh dikatakan ini adalah hasil daripada kegiatan har4m, pertuduhan gugur. Kesimpulannya, kami mencabar dan mengajak pihak pendakwaan menunjukkan kepada kami bukti Yayasan Al-Bukhari tidak pernah memberi sumbangan, “ katanya.

Pada 27 Julai tahun lepas, seorang saksi Omar Ali Abdullah pengurup wang yang didakwa mengubah wang bagi pihak Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa bekas timbalan perdana menteri itu meminta beliau membantu mendepositkan sumbangan kebajikan ke dalam akaun badan kebajikan Yayasan Akalbudi.

Saksi ke-81 pendakwaan itu berkata beberapa lelaki daripada YALB akan menghubunginya dan bertemu di beberapa lokasi.

Beliau berkata apabila beliau menerima panggilan pertama daripada individu yang tidak dikenali dan meminta untuk berjumpa beliau di Plaza Fahrenheit, di sini, lelaki itu kemudiannya memberikan beliau sebuah bagasi berisi wang tunai.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah jenayah, lapan r4suah dan 27 pengubahan wang har4m membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pihak pembelaan akan menyambung penghujahan esok.

– Bernama

Perbicaraan Ahmad Zahid: Sumbangan untuk kebajikan, keagamaan – Peguam

Terdahlu Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, lebih RM9 juta yang disumbangkan oleh salah sebuah syarikat pemegang taruh kepada Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri,

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah untuk tujuan kebajikan dan keagamaan termasuk untuk membina masjid.

Peguam pembelaan, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu, berdasarkan keterangan saksi Pengarah Bukan Eksekutif MyEG Services, Mohd Jimmy Wong Abdullah, wang yang disalurkan kepada yayasan itu adalah atas kehendaknya sendiri dan tiada kaitan dengan MyEG Services Sdn Bhd.

MyEG Services Sdn Bhd diberi kontrak untuk menguruskan perkhidmatan kerajaan yang berkaitan dengan polis trafik, Jabatan Pendaftaran Negara dan serta Jabatan Imigresen.

Ketika itu, Ahmad Zahid merupakan Menteri Dalam Negeri.

“Dengan ini, sumbangannya itu tidak boleh dianggap sebagai pembiayaan har4m atau menyalahi undang-undang,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan keterangan saksi-saksi perbankan mendapati mereka tidak menerima laporan daripada pemegang amanah yayasan itu, Tetuan Lewis & Co yang curiga dengan sumbangan yang dimasukkan ke dalam firma itu.

Malah Hisyam Teh turut menjelaskan yang anak guamnya tidak mengetahui atau tidak mempunyai kaitan dengan pemilik cek terbabit.

Menurutnya, urus niaga berjalan secara telus dan perkara itu turut disahkan saksi pendakwaan B. Muralidharan yang juga peguam firma tersebut.

Mahkamah kemudiannya menetapkan prosiding bersambung pukul 2.30 petang, Isnin depan selepas Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memaklumkan tidak dapat hadir pada sidang pagi kerana perlu hadir pada sesi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Parlimen.

Malah beliau memerlukan masa untuk menukar pakaiannya, yang lebih bersesuaian dengan mahkamah.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan r4suah dan 27 pengubahan wang har4m, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *