Uncategorized

Perli Pakai Serban Dalam IG Live, Caprice Gel4r Sharnaaz S0tong’

Gelagat pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya ketika membuat video live di laman sosial Instagram seringkali menjadi perhatian netizen. Sebelum ini video live mereka berdua bersama dua lagi pelakon iaitu Zizan Razak dan Hairul Azreen menarik perhatian apabila mereka dengan bersahaja ‘berbincang’ mengenai isu viral membabitkan penyanyi Rap Malaysia dan beberapa individu lain.

Terbaru, live IG Sharnaaz dan Shukri sekali lagi menjadi tumpuan apabila mereka ‘berseloroh’ seakan memerli seorang penyanyi Rap Malaysia yang baru pulang dari Mesir.

‘Bang bang bang, keychain’

Berdasarkan sedutan video dari IG live tersebut, memaparkan Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sedang berbual-bual dan dalam masa yang sama, mereka berdua mencuba beberapa filter di IG. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir seolah-olah berada di Mesir.

Shukri Yahaya tidak dapat menahan diri dari ketawa sebaik sahaja melihat Shaarnaz memakai filter tersebut. Tidak terhenti di situ, Shukri kononnya bertanya keberadaan rakannya itu dan dengan spontannya Sharnaaz menjawab dia berada di Jordan.

Saya baru balik. Tadi ada orang kirim keychain sama saya. Mana keychain. Saya sudah bawa keychain ni. I want to give you my keychain. Bang bang bang, keychain.

Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat aksi spontan mereka berdua. Bahkan netizen juga sudah dapat agak siapakah individu yang dimaksudkan Sharnaaz dan Shukri. Namun tidak lama selepas, Shukri yang masih menahan ketawa meminta Sharnaaz menukar kepada filter lain. Sharnaaz kelihatan langsung tidak membantah dan hanya menuruti sahaja kata rakan baiknya itu.

Sementara di IG, Caprice telah memberi respon berhubung video live tersebut.

Dari jauh je berani sotong see u when i see u, Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz Ajak Caprice Bersemuka Isu Pakai Serban Di IG Live – ‘Mai Sini Kita Tengok Siapa Pula Yang Sotong’

Sesi Instagram live di antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya Shukri Yahaya, semalam ternyata menjadi bualan hangat netizen sehingga ke hari ini. Lebih teruk, rata-rata netizen mendakwa Sharnaaz sengaja meniru dan memerli cara Caprice di media sosial.

Susulan daripada itu, Caprice turut memberi respon dan memberitahu kepada umum bahawa pelakon tersebut hanya berani dari jauh sahaja. Malah, Caprice turut menyifatkan Sharnaaz seperti ‘sotong’. Geram sebaik sahaja mendengar respon yang diberikan, Sharnaaz mengajak Caprice untuk bersemuka.

Mari la sayang

Menerusi Instagram Story, Sharnaaz dilihat sudah menghantar lokasi kepada Caprice sebaik sahaja pelantun suara ‘Kau Hade’ itu mengajaknya untuk bersemuka. Menerusi posting tersebut juga, Sharnaaz mendakwa Caprice seorang yang pen4kut dan telah ‘block’ nya di media sosial.

Terdahulu, Sharnaaz dan Shukri Yahaya telah mencuba beberapa filter di IG semasa melakukan sesi live bersama para peminat. Filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir itu seolah-olah menunjukkan dia kini berada di Mesir. Pada masa yang sama, Shukri Yahaya dan rata-rata netizen tidak dapat menahan diri dari ketawa sebaik sahaja melihat gelagat Shaarnaz yang seakan-akan macam Caprice pada waktu itu.

Dalam posting terkini, Caprice juga memuat naik gambar resepi masak S0tong

Sumber: _syifahanapi, Caprice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *