Uncategorized

Jika pingat emas Ziyad tidak ditarik, ini jumlah wang yang sepatutnya dia dapat

KUALA LUMPUR: World Para Athletics mendapati tiada alasan munasabah bagi tiga atlet bagi acara akhir lontar peluru kategori F20 untuk lewat memasuki ‘call room’.

Menerusi satu kenyataan yang disiarkan di portal Paralympic.org, juri rayuan mengekalkan keputusan yang dibuat pengadil dan mengesahkan keputusan semua atlet terlibat sebagai tidak menyertai penyertaan atau DNS (Did Not Start).

Ia melibatkan atlet dari Malaysia, Australia dan Ecuador.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan Peraturan 5.5 World Para Athletics – Kegagalan melapor diri di ‘call room’ yang menyatakan sekiranya atlet gagal tiba di ‘call room’ pada waktu yang dipaparkan dijadual call room, keputusan mereka akan dipaparkan sebagai tidak bermula, DNS.

“Berdasarkan peraturan ini, para atlet masih dibenarkan untuk bertanding secara bersyarat sementara pengadil mempertimbang semua bukti mengapa atlet lewat masuk ke ‘call room’,” memetik kenyataan tersebut.

Impian jaguh lontar peluru negara F20, Muhammad Ziyad Zolkefli, untuk mempertahankan pingat emas dalam temasya Rio 2016 bagaikan diragut selepas penyertaannya dibatalkan.

Dalam pertandingan itu, Muhammad Ziyad turut memecahkan rekod dunia dalam percubaan ketiganya dicatatkan pada 17.94 meter.

Sepatutnya Bergelar Jutawan

Jika emas Ziyad tidak di tarik dan impian beliau untuk menghadiahkan emas kepada negara sempena hari kemerdekaan tercapai, sepatutnya beliau akan memperolehi wang tunai berjumlah RM1 juta

Berdasarkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sedia ada, atlet yang berjaya meraih pingat emas akan menerima RM1 juta, RM300,000 perak dan RM100,000 gangsa sejak 2012.

Terdahulu  ATLET para negara, Bonnie Bunyau Gustin akan menerima habuan RM1 juta selepas memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi acara powerlifting kategori bawah 72 kilogram (kg).

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, ganjaran yang akan diterima setiap pemenang pingat masih sama seperti edisi sebelum ini.

“Ya, ganjaran yang akan diterima Bonnie sebagai pemenang pingat emas masih sama seperti edisi Rio sebelum ini, iaitu RM1 juta. Bagaimanapun, kali ini ada sedikit penambahan daripada penaja.

“Oleh itu, setiap pemenang pingat akan menerima ganjaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) serta pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media secara maya semalam.

Emas Muhammad Ziyad: Peraturan untuk dipatuhi, bukan dil4nggar

Hampir mustahil untuk Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli ‘dirompak’.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berpendapat sukar bagi IPC untuk merombak keputusan itu, selain jawatankuasa itu perlu menghormati peraturan Olahraga Para Dunia (WPA).

“Peraturan adalah peraturan. Peraturan dan undang-undang dibuat untuk dipatuhi bukan untuk dilanggar,” katanya kepada Bernama.

“Takkan mereka (IPC dan WPA) nak longgarkan peraturan hanya untuk menyelesaikan kes Malaysia, pada awalnya kenapa kita tidak mengikut peraturan ditetapkan,” tambah Zolkples yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.

Beliau berkata, berhubung pembatalan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad pada temasya berprestij itu, kontinjen negara dan juga rakyat Malaysia tidak seharusnya menyalahkan pasukan Ukraine, sedangkan mereka mempunyai hak untuk melakukan bantahan.

“Keseluruhan kontinjen, daripada CDM (chef-de-mission) ke urus setia, pengurus pasukan dan jurulatih, mereka semua kena bertanggungjawab. Ini satu kecuaian bagi saya dan kecuaian yang tidak boleh diterima. Sepatutnya mereka menjaga atlet, Muhammad Ziyad tidak sepatutnya dipersalahkan,” katanya.

Selasa lalu, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod dunia baharu.

Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.

Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34 m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29 m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Semalam, WPA menolak rayuan dikemukakan Malaysia berhubung keputusan itu, namun pihak Jawatankuasa Penganjur memaklumkan segala protes dan rayuan susulan boleh dibuat secara bertulis kepada IPC dan WPA sejurus temasya berakhir.

Pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad adalah berdasarkan Peraturan 5.5 WPA – ‘Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.

Difahamkan, ketika kejadian di Stadium Olimpik Tokyo, hujan selain keadaan kawasan sesak dengan atlet yang bertanding dalam acara lain menyaksikan Muhammad Ziyad bersama atlet dari Ecuador dan Australia terhalang untuk memasuki bilik menunggu dan didakwa lewat beberapa minit melaporkan diri.

Sementara itu, Zolkples berharap insiden itu menjadi pengajaran paling berguna kepada setiap pegawai kontinjen negara supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa hadapan.

“Tidak kira Paralimpik atau Olimpik, jadikan ini sebagai pengajaran supaya tidak ambil mudah perkara macam ini. Bukannya susah pun menjalankan tugas, pergi mengikut pasukan bukannya nak bersuka ria.

“Ini bukan pertandingan peringkat sekolah atau Sukma (Sukan Malaysia). Ini Paralimpik temasya yang tertinggi, sepatutnya tidak boleh jadi (insiden) macam ini,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu menggalas tugas selaku Ketua Kontinjen ke Sukan Asia 2010 dan Sukan Paralimpik London 2012, beliau mengarahkan pegawai pengiring untuk memastikan atlet berada di venue pertandingan dua jam awal sebelum acara bermula sebagai persediaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *