Uncategorized

Tiada piza kerana oven r0sak, tindakan pelanggan ini bikin netizen naik geram

Jika perempuan hamil meminta sesuatu makanan kerana mengidam, mungkin kita boleh faham sikap mereka yang tidak akan senang duduk sehinggalah mereka mendapat makanan yang mereka inginkan.

Tetapi apabila seorang wanita ini tidak ingin menerima kenyataan bahawa sebuah cawangan Pizza Hut tidak dapat menghidangkan piza kepadanya, tindakannya membuat orang ramai geram.

Dalam sebuah video TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter, seorang wanita dilihat sedang merakam ruang dapur restoran makanan segera itu sambil marah-marah meminta piza.

Salah seorang pekerja restoran itu kemudian datang ke kaunter untuk menjelaskan kepadanya sekali lagi bahawa mereka tidak dapat membuat piza pada hari itu kerana oven mereka rosak akibat disambar petir.

Namun wanita berkenaan masih tidak ingin menerima kenyataan itu dan tetap berkeras untuk mendapatkan piza dengan menengking-nengking dan bertanya bermacam-macam soalan tidak masuk akal, membuat pekerja Pizza Hut itu kelihatan tertekan.

Kedegilan dan kekurangan adab wanita tersebut ternyata turut membuat netizen sakit hati dan geram memikirkan kerenah pelanggan-pelanggan yang perlu dihadap oleh pekerja-pekerja restoran makan segera setiap hari.

sumber: hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *