Uncategorized

Selepas di lantik Pengerusi MPN bertaraf Menteri, ini kata2 Muhyiddin. Memang lain dari yg lain

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pelantikan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

“Alhamdulillah, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Menteri, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas pelantikan saya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

“Saya juga menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan pelantikan saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

‘Saya akan laksana tugas tanpa imbuhan’

Beliau juga berbesar hati menerima pelantikan ini dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

“Kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah suatu amanah untuk saya meneruskan segala usaha dan perancangan yang dimulakan sebelum ini untuk memulihkan negara daripada kesan wabak Covid-19.

“Saya dan anggota Majlis Pemulihan Negara akan berperanan membantu Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan seperti yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Muhyiddin berkata, ini termasuk menyokong pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial, pendidikan dan keagamaan serta mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan kepada norma baharu kehidupan selaras dengan peralihan pengurusan Covid-19 yang akan memasuki fasa endemik.

“Insya Allah, saya akan memanfaatkan segala pengalaman yang ada dan mengharapkan sokongan semua pihak dalam semangat Keluarga Malaysia bagi memastikan matlamat melindungi nyawa, menjamin kelangsungan hidup dan memulihkan negara akan mencapai kejayaan,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilapor berkata, pelantikan berkenaan sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Najib antara orang yang lantang saran Muhyiddin let4k jawatan

Terdahulu Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan terbaik yang boleh diambil Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini adalah dengan meletakkan jawatannya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Muhyiddin harus mengambil tanggungjawab atas kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang murka (dukacita) dengan pembatalan Ordinan Darurat.

“Secara peribadi bahawa Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku sebagai ketua kerajaan.

“Saya pernah menjadi ketua kerajaan selama sembilan tahun dan saya tahu bahawa utusan ini antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

“Pilihan terbaik adalah berundur secara kehormat kerana ini adalah satu yang mencerminkan beliau bertanggungjawab atas nama kerajannya,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen

Leave a Reply

Your email address will not be published.