Entertainment

Zizi Kirana terkejvt bangun tidur nampak Yusuf Bahrin, malu-malu

DIAM-DIAM penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu tanpa perlu menghebohkan tentang kisah cinta antara mereka.

Namun sejak mereka bernikah, netizen mula menghidu sisi romantis Zizi yang sebelum ini tidak ditunjukkan secara terbuka.

Cerita Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, walaupun ada yang menyedari tentang perubahannya itu, namun dia sendiri masih malu-malu dan cuba menyesuaikan diri dalam menerima kehadiran Yusuf sebagai suami.

“Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah… bangun tidur pun ada Yusuf di sebelah.

“Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada 19 September lalu Zizi sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Majlis pernikahan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Ini 10 Fakta Biodata Suaminya, Yusuf Bahrin

1. Mungkin tidak ramai yang tahu pelakon berumur 29 tahun ini asalnya tidak pernah bercita-cita menjadi pelakon. Segalanya bermula selepas dia didesak untuk menghadiri sebuah sesi ujibakat, oleh rakannya yang merupakan seorang kru produksi selain atas dorongan oleh pengarah Hadith Omar.

2. Di awal kemunculan sebagai aktor, dia mengambil inisiatif menguruskan fizikal badan untuk disesuaikan dengan karakter watak dan bagi mendapatkan saiz yang ideal di kaca TV.

3. Ujibakat pertamanya pada Oktober 2018 untuk watak rakan sekolej kepada penyanyi Ismail Izzani menerusi telefilem Lelaki Kelas Sebelah, gagal kerana saiz badannya tidak menepati peranan yang diberikan.

4. Tidak hanya dalam bidang lakonan, beliau juga ingin mengetengahkan bakat dalam cabang seni lain khususnya pengacaraan, bagi rancangan yang membawa konsep hiburan dan sukan.

5. Beliau pernah mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan oleh Fauziah Nawi bagi mendapat sokongan dan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dalam seni lakon.

6. Aktif di padang sukan dalam permainan bola sepak dan futsal yang dijadikan sebagai hobinya di waktu lapang.

7. Pernah dimarahi Michael Ang sehingga pengarah lantang itu meninggalkan set penggambaran disebabkan kegagalan Yusuf dalam menjayakan babak dengan dialog yang panjang, hingga berbelas kali rakaman.

8. Pernah terdetik untuk berhenti berlakon kerana sukar mengikis sifat malu di hadapan kamera dan lakonannya yang nampak kaku, namun galakan terus dibekalkan pengurusnya dalam misi pergi lebih jauh sebagai anak seni.

9. Mengagumi selebriti serba boleh, Alif Satar yang dianggapnya pandai mendidik para pengikut laman sosial dari sudut agama dan kehidupan berkeluarga.

10. Antara karya yang menjulang namanya sebagai pelakon termasuk drama Calon Menantu Tuan Rumah, Sweet Dreams, Kau Yang Pertama, Satukan Rasa, Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis, Perempuan Tanpa Dosa dan Jangan Ganggu Jodohku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *