Hiburan

‘Aku Terkilan Sebab Aku Masih Mahu Baiki & Bertahan Lagi’ Isteri Shuk Sahar Akui Akhirnya Sudah Putvs Asa

Sebelum ini, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah nyaris musnah apabila pelawak tersebut dipercayai menjalinkan hubungan bersama seorang wanita.

Terbaharu, Rossa dilihat memuat naik beberapa Instastory di Instagram mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk lalui perkara yang sama seperti terdahulu.

Akui rasa tidak kuat untuk lalui namun reda

Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat.

Rossa turut mengakui bahawa dia sudah tidak kuat untuk melalui semua perkara ini namun reda dan dia percaya bahawa semua berlaku ini adalah sebaik-baik perancangan Allah SWT.

Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran.

Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperlakukan hidup orang sesuka hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan.

Dalam masa yang sama, Rossa turut mengatakan bahawa anak-anaknya merupakan sumber kekuatan untuk mempertahankan rumah tangga mereka meskipun sering menerima cacian serta makian daripada orang ramai kerana memaafkan suaminya.

Anak-anak lah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni. Orang caci aku, maki aku sebab maafkan kau panggil aku b*d*h, tak ketat sampai suami cari lain aku hadam je tapi kenapa sanggup buat lagi.

Dah bagi peluang tapi tak pernah hargai

Di Instastory lain, Rossa mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang ingin berpisah dan sebolehnya si isteri tetap bersabar walaupun perit dan trauma.

Sayang sangat sebab peluang tu tak pernah dihargai. Mempersendakan, perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu.

Ujarnya, dia sudah tidak mampu untuk memenangi hati suaminya lagi dan berterima kasih kepada wanita yang telah mengganggu rumah tangga atas ‘kesakitan’ yang dialami olehnya.

Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ini. Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ini sebab kau tak akan sanggup berdiri di sini.

Di Instastory :

Sumber : rossa.sera

Fara Salleh Rimas Masih Diganggu Shuk?

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon dan pelawak Shuk Sahar disebabkan orang ketiga dikenali sebagai Fara Salleh.

Bagaimanapun, Shuk sudah pun memohon maaf dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat keluarganya untuk menebus kesalahan tersebut. Malah, difahamkan, baru-baru ini Shuk sedang mengikuti tabligh.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di IG Story Fara meluahkan rasa rimas kerana masih lagi diganggu oleh seorang lelaki yang tidak berhenti mencarinya.

Tidak menyebut nama individu berkenaan, namun Fara ada mengatakan lelaki tersebut pergi tabligh seolah merujuk kepada Shuk yang juga baru-baru ini turut mengikuti jemaah berkenaan

Menerusi perkongsian tersebut, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut.

Bagaimanapun, Fara sudah pun memadam perkongsian berkenaan selepas beberapa minit memuat naik gambar tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *