Entertainment

Ali Puteh dedah bondanya langsung tak bersemuka dgn balu Abam mahupun cucunya, ini luahan sedih Ali Puteh

[VIDEO] Dituduh Tak Beri Nafkah Kepada Anak Saudara, Ali Puteh Dedah Puncanya

Seperti diketahui ramai, giliran ibu kepada Ali Puteh pula telah menyusul pulang ke rahmatullah susulan masalah buah pinggang pada hujung bulan September lalu. Fasa tersebut sememangnya bukan mudah bagi pelawak berkenaan, susulan pemergian abang serta anak kandungnya pada tahun lepas.

Menerusi rancangan Melodi sebentar tadi, Ali Puteh akui bahawa bondanya langsung tidak bersemuka dengan balu Abam mahupun cucunya,

Sebulan sebelum ‘pergi’, Allahyarhamah ibunya sendiri meluahkan reda dan tidak kisah mengenai perkara tersebut. Sehinggakan Allahyarham Abam dianggap tidak tinggalkan zuriat demi menghilangkan rasa rindu.

sebaliknya titipkan doa saja kepada 2 beranak tersebut.

Dituduh tak beri nafkah anak saudara…urusan mahkamah belum selesai (minit 2:10) Mengulas tentang tuduhan isu tidak memberi nafkah kepada anak saudaranya, Ali menjelaskan bahawa netizen di faham situasi yang dilaluinya.

Dia turut mendedahkan bahawa urusan mereka di mahkamah sebenarnya belum selesai. Justeru, pelawak ini mengambil pendekatan tidak terlalu ‘melayan’ komen netizen, sebaliknya tunggu keputusan mahkamah sahaja. Maaf yang itu Dayah tak dapat jawab (minit 3:50)

Dalam pada itu, Nor Hidayah bersama anaknya turut ditemu bual susulan berita pemergian ibu mentuanya. Namun begitu, dia tidak mahu mengulas sebarang perkara mengenai pihak keluarga ‘sebelah sana’. Sebaliknya, cuma berkongsi perkembangan Syed Uthman Hamzah yang sudah pandai membaca pada usia 2 tahun kini.

Video,

Komen netizen,

Betul… dlm islam sendiri mmg tanggungjawab pakcik2 utk beri nafkah pada anak saudara .. jangan tunggu mahkamah.. tu mmg tanggungjawab..

Rasanya dah boleh agak knp Dayah tu buat MCM tu..sebab Kene pulau dgn keluarga mertua..ingat dia tu patung ke..dia Pon ada maruah dia…org dah tawar hati…kalau aku mati hidup semula Pon tak nak aku jumpa org MCM ni

Klu ko tau tnggungjawab ko bankin je la singgit dua duit poket ko.klu benci nk jumpa la.bnyak jlnnya.skang senang je.bkn rugi pun nk bg ank yatim.darah daging ko plk tu..mujur la balu ada kluarga n bleh berdikari..klu nk tunggu faraid dia,kering la dua beranak tu.

1 je nk ckp.. semoga dayah n ank nya d permudahkan semua urusan dan sentiasa d lapangkn rezeki dan sentiasa d dlm lindungan Allah SWT Aamiin

Sabariah beritahu Abam telah dtg ‘melawatnya’ di rumah, ini rekasi Ali Puteh

GOMBAK – “Alhamdulillah, emak pergi pada penghulu segala hari dan segala urusannya lancar sejak meninggal dunia malam tadi sehingga selama dikebumikan.”

Itu luahan kesyukuran pelawak, Ali Puteh selepas pengebumian allahyarham ibunya, Sabariah Arshad, 64, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini hari ini.

Malah Ali berkata, ibunya sebelum ini selalu menyatakan hasrat untuk ‘bertemu’ dengan arwah abangnya, arwah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, sejak pemergian Abam pada 10 Februari tahun lalu, ibunya sering meluahkan rasa rindu dengan Abam Bocey yang juga anak sulungnya itu.

“Cita-cita emak hendak jumpa abang tercapai, itulah cita-cita yang hari-hari dia cakap, emak rindu abang, hari ini dia pergi selama-lamanya dan saya reda setiap manusia yang hidup akan mati,” katanya.


Ali Puteh menyiram air dipusara jenazah ibunya, Allahyarhamah Sabariah Arshad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.
Beliau ditemui MalaysiaGazette selepas selesai majlis pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira pukul 12 tengahari ini.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid BT8 pukul 9.00 pagi untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Sabariah menghembuskan nafas terakhir akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Selayang, di sini, pukul 11.54 malam tadi.

Pada Disember tahun lalu, arwah pernah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana serangan asma hingga terpaksa ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Arwah meninggalkan empat orang anak.

Sementara itu, Abam meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Gombak dipercayai akibat demam panas pada 10 Februari 2020.


Ali Puteh mengaminkan doa sejurus selesai menguruskan jenazah ibunya, Allahyarhamah Sabariah Arshad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2021.

Abam Datang ‘Melawat’ Ibu

Mengulas lanjut, Ali memberitahu, sehari sebelum arwah masuk hospital pagi Selasa lalu, Sabariah memberitahu Abam telah datang ‘melawatnya’ di rumah untuk membawanya pergi bersama.

Namun Ali hanya mampu memeluknya ibu dan menasihati agar ibunya tidak bercakap perkara yang pelik sebaliknya banyak berehat.

Ujarnya lagi, pada pukul 3 pagi, Sabariah mengadu sesak nafas dan terus dihantar ke Hospital Selayang sebelum ibunya ditidurkan pada pukul 10 pagi akibat paru-paru dimasuki banyak air.

“Malam Isnin lalu dia panggil saya ke bilik, saya tanya emak nak cakap apa? Kalau yang cakap bukan-bukan saya tak nak dengar.

“Mak nak cakap betul-betul ini dan dia peluk saya, mak sayang angah tapi mak betul-betul dah nak pergi dah. Tapi ketika itu emak tidak ada tanda-tanda sakit pun.

“Abang kau dah banyak kali ‘datang’ ke bilik emak, panggil emak ini. Saya kata, emak jangan merepek macam ni dan emak rehatlah tapi dia tetap cakap, abang sudah panggil dia, saya peluk dia.

“Pukul 3 pagi Selasa dia sesak nafas saya bawa ke hospital. Esok pukul 10 pagi doktor terpaksa tidurkan sebab paru-paru emak banyak air dan saya cuma datang semula untuk menuntut jenazah malam tadi selepas tiga hari,” ceritanya penuh sebak.

Ali menambah, dia reda dengan ketentuan Allah SWT apabila hilang tiga insan tersayang termasuk anaknya dalam setahun sembilan bulan lalu

Ali Puteh sebak kenang kisah hari-hari akhir dengan arwah ibu… selalu sebut rindukan Abam

Semoga Ali Puteh tabah dan reda dengan pemergian ibu tersayang. Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah

IBU kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).

Allahyarham Sabariah Arshad, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 11.54 malam.

Wakil keluarga Ali Puteh, ketika dihubungi Gempak berkata Allahyarham dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu kerana serangan asma.
Allahyarham juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.

“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.

Allahyarham pada Disember tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu Ali dalam kemas kini di laman Instagram memaklumkan jenazah ibunya telah selamat dikebumikan di Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat tadi.
Dia turut berterima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan arwah ibunya.

Sumber:viralnewsupdate, https://www.two.e-kesah.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *