Entertainment

Gemp4 bumi di Bali. Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan Malaysia. Rupanya ini yg berlaku pada keluarganya

PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan di Malaysia yang bertanyakan khabar dirinya dan keluarga susulan kejadian g.empa bumi yang berlaku di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu.

Ujar Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, dia sekeluarga berada dalam keadaan selamat, malah memberitahu bahawa dia langsung tidak tahu tentang kejadian ge.mpa bumi tersebut kerana berada jauh di kawasan yang mengalami gegaran.

“Ramai yang bertanya tentang keadaan saya sekeluarga sebab kata mereka ada kejadian ge.mpa bumi di Bali. Saya pun tak tahu cerita sehinggalah ada seorang kenalan tanya sama ada saya okey atau tidak.

“Sebenarnya saya tak rasa pun gegaran ge.mpa bumi tersebut kerana berada jauh. Alhamdulillah saya dan keluarga baik-baik sahaja,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Ekoran itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka itu meluahkan rasa syukur kerana dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas apa-apa.

Difahamkan Nourul yang berhijrah ke Bali bersama keluarganya sejak 19 September lalu itu tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Canggu manakala lokasi kejadian ge.mpa bumi itu pula berlaku di timur laut Banjar Wanasari.

Tiga individu disahkan terkorban dalam satu g.empa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau Bali, awal pagi tadi.

Gem.pa bumi tersebut melanda pada kedalaman yang cetek iaitu 10 kilometer timur laut bandar Banjar Wanasari.

Dua individu terkorban selepas g.empa bumi itu mengakibatkan tanah runtuh yang kemudiannya menimbus kediaman mereka di wilayah Bangli sementara seorang lagi mangsa terkorban di bandar pelabuhan Karangasem.

NOURUL DEPP berkata, dia tinggal jauh dari kawasan ge.mpa bumi yang melanda Bali hari ini.

Berhijrah ke Bali sampai terpaksa tinggalkan anak sulung. Sekali Nourul Depp tampil jawab pertikaian warganet.

Penyanyi Nourul Depp menjawab pertikaian warganet mengenai penghijrahannya ke Bali, Indonesia tanpa anak sulung, Ayu Nazirah.Nourul menerusi sesi live di Instagram berkata, tidak ada ibu yang gembira apabila terpaksa berpisah dengan darah daging mereka. Bagaimanapun kata Nourul, Ayu yang kini berusia 23 tahun berhak menentukan jalan hidupnya sendiri, tambahan lagi bapa kandungnya juga di Malaysia.

“Tak ada ibu yang tak sedih bila terpaksa berjauhan dengan anaknya. Saya dan Ayu pernah berjauhan sebelum ini ketika Ayu belajar di Sarawak. Ayu berhak tentukan hidupnya sendiri. Kami ada membincangkan tentang perkara ini dan dia memilih untuk tinggal di Malaysia. Tidak mengapa, kerana Ayu memiliki dan menguruskan perniagaan dia di Malaysia. Bapa Ayu juga di sana, takkan dia nak tinggal…,” katanya menahan sebak.

Membalas kenyataan ibunya, Ayu berkata dia sudah mengetahui lebih awal tentang rancangan ahli keluarganya yang akan berhijrah ke luar negara. “Ayu memang dah tahu keluarga akan berpindah ke Bali. Itu impian bapa tiri saya untuk tinggal di sana selepas bersara. Saya dah bekerja dan mampu menyara kehidupan sendiri sekarang, Alhamdulillah. Pada usia yang muda saya berbangga kerana peluang yang diberikan mama kepada saya. Sudah sampai masa saya hidup berdikari, sampai bila nak duduk bawah ketiak mak. Sayang mak tu tetap, nanti Bali buka saya akan pergi ke sana,” katanya positif.

Sementara itu Nourul berkata, dia pasti akan merindui anak sulungnya itu dan mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja kapal terbang berlepas. “Mestilah rindu, siapa kata tak rindu. Bila kapal terbang berlepas ja, saya rasa macam separuh daripada badan ni tertinggal. Ayu Nazirah tinggal kat sini. Ya Allah…Tanah Malaysia, jagalah anak aku…“Berat hati dan sedih mestilah ada, tempat lahir kita.

Banyak kenangan…Mak, adik-beradik semua ada di sana. Tetapi hidup perlu diteruskan,” katanya menitiskan air mata. Nurul dan keluarga kini berada di Jakarta sebelum berangkat ke Bali tidak lama lagi

Sumber: kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *