Uncategorized

Hanya guna tong sampah, rakaman detik2 lelaki tangkap buaya

PLATFORM media digital sentiasa menjanjikan sesuatu yang mengasyikkan buat penggunanya, malah ada juga isi kandungannya boleh dianggap sebagai pelik dan sukar diterima akal fikiran yang waras.

Tidak hairanlah, ada saja yang menggamit perhatian netizen termasuk satu kejadian yang didakwa berlaku di India menerusi satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki sedang menangkap buaya dengan hanya menggunakan tong sampah.

Video berdurasi 52 saat itu bermula dengan tindakan lelaki berkenaan mengheret tong sampah kosong.

Kemudiannya, secara perlahan-lahan lekaki berkenaan menghalakannya ke ara buaya dan usaha dilakukannya nyata membuahkan hasil.

Paling mencuri perhatian pastinya apabila melihat kejayaan lelaki itu menangkap reptilia berbahaya itu tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan.

Video berkenaan dikongsikan di atas talian dan sudah pun ditonton lebih 14 juta kali hingga beri inspirasi kepada netizen untuk turut berkongsi pendapat di ruangan komen.

Ramai daripada penonton menghamburkan pujian atas keberanian lelaku berkenaan.

Sedikit info mengenai Buaya

Buaya merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia). Buaya mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu pada Akhir Usia

Kapur (tahap Campanian) dan merupakan saudara hidup terdekat bagi burung kerana kedua-dua rumpun ini adalah ahli Archosauria yang tinggal. Ahli-ahli total group order ini, iaitu klad

Pseudosuchia, muncul kira-kira 250 tahun dahulu pada usia Awal Trias lalu berdiversifikasi sepanjang era Mesozoik. Order Crocodilia termasuklah suku “buaya sejati” (keluarga Crocodylidae), suku aligator (keluarga Alligatoridae), dan suku gharial dan jejulung (keluarga Gavialidae).

Sebagai biawak yang berbadan seakan biawak yang besar dan sasa, buaya mempunyai jongor yang panjang dan leper, ekor yang termampat sisi, dan mata, telinga dan liang hidung di atas kepala. Buaya berenang dengan baik dan dapat berjalan di atas darat dengan mengangkat atau menurunkan badan, malah spesies kecil-kecil pun dapat berjalan menderap. Kulitnya tebal dilitupi sisik yang tidak bertindan. Buaya mempunyai gigi berbentuk kon seakan pepaku dengan gigitan yang kencang. Jantungnya berkebuk empat seakan-akan seperti burung.

Dalam paru-parunya adalah sistem peredaran berpusing-pusing satu arah. Seperti semua reptilia bukan avian yang lain, buaya bersifat ektoterma (berdarah sejuk).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *