Uncategorized

‘Memang Dia Tak Datang Pun’ – Ali Puteh Dedah Ibunya Sempat Tak Berjumpa Balu Abam Dan Cucu

Umum mengetahui ibu kepada pelakon dan pelawak, Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad telah pulang ke rahmatullah pada jam 1.56 pagi, 1 Oktober lalu susulan msalah buah pinggang.

” Assalamualaikum…mak saya telah pergi menghadap Ilahi. Doakan buat mak saya ye semua. Mak jumpa abang di sana ye,” kongsi Ali di Instagram.

Pemergian ibu tercinta sememangnya bukan mudah bagi adik kepada Allahyrham Abam Bocey itu, susulan pemergian abang serta anak kandungnya pada tahun lepas.

Apatah lagi Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut melalui fasa mencabar di mana selepas pemergian Abam Bocey, beliau terpaksa melalui konfIik dengan kakak iparnya, N0r Hidayah Mohamad Ali.

Malah, konfIik antara Hidayah bukan sahaja dengan Ali, bahkan juga dengan Allahyrham ibunya.

Menerusi rancangan Melodi semalam, Ali Puteh mengakui bahawa Allahyrham ibunya langsung tidak bersemuka dengan balu Abam mahupun cucunya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Menurut Ali, sebulan sebelum ‘pergi’, Allahyarham ibunya sendiri meluahkan reda dan tidak kisah mengenai perkara tersebut. Sehinggakan Allahyarham Abam dianggap tidak tinggalkan zuriat demi menghilangkan rasa rindu.

” Sebulan sebelum dia meninggI dia ada cakap mak dah tak kisah, mak tak dapat tengok (Hamzah) pun takpe lah.. kalau kata mak pergi nanti dan tak dapat tengok, mak reda.

” Sampai satu tahap, arwh mak cakap untuk hilangkan rindu mak ni, mak anggap abang kau tak kahwin, tak tinggalkan zuriat..

” Kalau dia terlampau memikirkan nanti dia akan rindu.. kita doakan yang baik-baik untuk anak dia (Hamzah) kat sana, kita fokus kat keluarga kita.

Ali turut ditanya oleh wartawan Melodi sama ada beliau ada menghubungi Hidayah untuk memaklumkan berkenaan pemergian ibunya.

Menjawab soalan itu, Ali berkata satu Malaysia pastinya tahu berkenaan berita itu yang disiarkan di seluruh platform dan sudah tentu Hidayah mengetahui akan pemergian ibunya.

” Saya hanya boleh cakap wallahualam sebab dalam keadaan kelam kabut camtu, saya hanya memikirkan untuk menyelesaikan perkara lebih penting untuk arwh mak.

” Saya rasa saya tak perlu berhubung dengan sesiapa sebab seluruh Malaysia tahu..

” Saya taknak nanti orang cakap saya memburuk-burukkan orang lain, tapi memang tiada panggilan (dari Hidayah) ataupun datang untuk tengok jnzah.

” Kalau tak datang takpe mungkin nanti selepas selesai semua nak pergi tengok kubvr terpulanglah saya takde simpan dalam hati saya..” luah Ali.

Kemudian Ali turut mengulas tentang tudvhan isu tidak memberi nafkah kepada anak saudaranya dengan menjelaskan bahawa netizen di harus faham situasi yang dilaluinya.

Menurut Ali, urusan mereka di mahkamah sebenarnya belum selesai. Justeru, dia mengambil pendekatan tidak terlalu ‘melayan’ komen ntizen, sebaliknya tunggu keputusan mahkamh sahaja.

” Saya beranggapan anak arwh abang saya ini seperti bapak dia. Esok InsyaAllah kalau dia dah besar saya pasti akan jumpa dia satu hari nanti.

” Tapi dalam keadaan sekarang memang tak boleh.. orang cakap saya lepas tangan, saya tak tengok, tak beri nafkah apa semua..

” Sebenarnya satu Malaysia mungkin belum faham, kita tengah dalam urusan mahkamh berkenaan isu faraid yang belum selesai.. orang cakap saya tam4k apa semua, tapi sebenarnya isu mhkamh itu belum selesai.

Dalam pada itu, Nor Hidayah bersama anaknya turut ditemu bual susulan berita pemergian ibu mentuanya.

Namun begitu, dia tidak mahu mengulas sebarang perkara mengenai pihak keluarga ‘sebelah sana’. Sebaliknya, cuma berkongsi perkembangan Syed Uthman Hamzah yang sudah pandai membaca pada usia 2 tahun kini.

” Maaf yang itu saya tak dapat nak jawab, sorry sangat-sangat” kata Hidayah yang enggan menjawab berhubung berita pemergian ibu mentuanya.

Sumber:two.e-kisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *