Entertainment

19 KARYA ARWAHH MAMAT KHALID AKAN DITAYANGKAN OLEH ASTRO TETAPI NETIZEN LUAH RASA TAK PUAS HATI

Sebagai mengenang pemergian sutradara terkenal, Mamat Khalid, Astro akan menayangkan 19 karya-karya Allahyarham di saluran Astro On Demand.

Antara filem dan drama bersiri yang dirangkumkan dalam rel Mamat Khalid Dalam Kenangan itu termasuk Hantu Kak Limah, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Episod 10 Journey To Stardom, Klik Rider dan Yang Dulu Bersama Mamat Khalid.

“Selain itu, rel tribut tersebut turut merangkumi Kampong Pisang Bersiri Siri; Manap Karaoke; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet; Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya; Rock Oo!: Rimba Bara Kembali dan Rock, Rock Bro!.

Astro tayang 19 karya Mamat Khalid bermula hari ini

“Filem komedi 17 Puasa, 16 Puasa, Amir dan Lokman Pergi Ke Laut, Kampong Pisang Kita Setandan, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan Semerah Darah turut akan ditayangkan,” menurut kenyataan Astro pada Ahad.

Tayangan ini akan bermula pada hari ini sehingga 31 Oktober 2021 dan ia tertakluk kepada pakej langganan pelanggan, jelasnya lebih lanjut.

Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi.

Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.

Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di Facebooknya.

Netizen Luah Tidak Puas Hati Dengan Astro


Selepas pengumuman mengenai karya arwah Mamat Khalid akan ditayangkan di Astro, rata rata netizen luah rasa tidak puas hati kerana karya tersebut hanya boleh ditonton melalui Astro On Demand. Jadi siapa yang melanggan pakej tersebut sahaja dapat menonton karya arwah.

Berikut adalah beberapa komen netizen terhadap berita ini. Ianya dipetik dari laman Facebook Astro Awani sendiri.

“Org dh xde baru nk tayang baru nk sanjung2..ntah pape Station TV dlm Malaysia semua ni..keluarga dia tgh bersedih ko sebuk cari rating Station TV ko..sial..!!!”

“Bangang punya astro kapitalis… sempat lg nk kaut untung siar karya2 arwah kat on demand..”

“Astro tayangkan filem Allahyarham bukan kerana nak menghargai karya Allahyarham, dalam masa yg sama nak untung..Kalau betuk-betul nak menghargai karya Mamat Khalid tayang di Astro Ria,Prima dan Warna”

Jenazah Mamat Khalid selamat dikebumikan

Isteri Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan (dua kanan) menyiram air bunga mawar di pusara arwah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh. – NSTP/Sharul Hafiz Zam

Jenazah pengarah dan penerbit filem, Mamat Khalid yang meninggal dunia jam 12.30 tengah malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh di sini, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam di sini sebelum dibawa ke kawasan perkuburan jam 1.50 tengah hari.

Kira-kira 300 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di tanah perkuburan berkenaan.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan ialah rakan-rakan artis antaranya, M Nasir bersama isteri, Awie, Zul Ariffin, Pekin Ibrahim, Bell Ngasri, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Avaa Vanja, Mat London, penerbit dan pengarah, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Yang turut hadir menziarah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Datuk Khairul Anwar Salleh dan Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.

Awal pagi tadi, media melaporkan Pengarah terkenal Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.

Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Mamat Khalid meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima anak.

Mamat mendirikan rumah tangga dengan dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanan.

Awie mengakui tidak dapat menahan kesedihan di atas kehilangan penerbit dan pengarah terkenal itu.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa Mamat Khalid ialah pada tayangan Kampung Pisang Muzikal. Dia menerima dua panggilan telefon daripada rakannya dari Perak namun tidak sempat menjawab kerana sedang menjalani penggambaran sebelum mendapat berita kematian Mamat Khalid.

“Apabila dihubungi rakan dari Perak, saya mula tidak sedap hati dan apabila diberitahu abang Mamat sudah tiada, luruh hati saya, pergi lagi seorang sahabat saya, abang saya,” katanya.

Katanya, beberapa minggu lalu, arwah ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp.

“Love you bro, cepat-cepat sembuh’. Dia tidak pernah hantar mesej begitu dengan saya sebelum ini dan kalau bergurau pun kasar, tetapi kemudiannya dia turut bertanya khabar,” katanya.

Sementara itu, Pekin Ibrahim turut meluahkan rasa kehilangan seseorang yang memberi ruang dan antara insan yang mengangkatnya dalam industri seni.

“Kami rapat macam ayah sendiri dan sangat terasa kehilangannya. Dia antara orang yang terawal ambil saya berlakon,” katanya sebak.

Katanya, arwah kali terakhir berhubung dengannya melalui aplikasi WhatsApp minggu lalu.

Sumber Artikel: Astro Awani / Bharian Online, http://www.awatttsyeikhh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *