Entertainment

Niezam Zaidi mengaku salah miliki d4dah, berdepan penj4ra 5 tahun, Sekali Pak Azad rasa Niezam diperangkap

Dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. Berita penahanan Niezam Zaidi yang disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan bahan terlarang ternyata mengejutkan ramai, malah rata-rata peminat turut tidak menyangka pelakon berusia 29 tahun itu akan berbuat demikian.

Pak Azad Titip Nasihat

Menjengah ke hantaran terkini Niezam kira-kira seminggu yang lalu, di ruangan komen peminat membanjiri dengan pelbagai ucapan dan doa buat pelakon M4M4 ini. Tidak terkecuali rakan selebriti seperti Azad Jasmin turut menitipkan sebuah ucapan buat Niezam.

Menurut Azad atau lebih mesra disapa sebagai Pak Azad, dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. “Kami tahu bahawa awak telah diperangkap..jaga diri Zam..” tulis Pak Azad.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini dapat jadikan isu yang dihadapinya sebagai sebuah pengajaran. “Jadikan ini satu pengajaran hidup hang bro..”katanya lagi.


Terdahulu, industri dikejutkan dengan berita penahanan tiga orang lelaki masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah. Kesemua mereka ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketika ditahan, ketiga-tiga suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di Kuala Kangsar dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan disyaki gnj4 dianggarkan seberat 1.45 gram selain sybv dianggarkan seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan sebanyak RM270. Malah botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan mengambil barang terlarang turut dirampas.

Niezam Zaidi mengaku salah miliki d4dah, berdepan penj4ra 5 tahun atau den.da maksimum RM20,000

PELAKON Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki d4dah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa.

Selain Niezam, dua lagi individu iaitu Mohd Latif Zami, 49, dan Saiful Zaidrin, 43, yang ditahan anggota polis dari bahagian Sias4tan jen4yah Nark0tik, Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Kangsar turut mengaku memiliki barang terl4rang itu.

Ketiga-tiga mereka tiba di bangunan mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari Selasa dengan pakaian l0kap polis berwarna ungu.

Niezam atau nama sebenarnya Muhamad Niezam, 29, dituduh memiliki 1.15 gram d4dah berb4haya jenis kan4bis yang merupakan satu kesal4han di bawah Seksyen 6 Akta D4dah Berbah4ya (ADB) 1952, membawa hukum4n denda tidak melebihi RM20,000 atau penj4ra selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Niezam ditah4n dalam bilik berasingan dalam satu serbu4n di sebuah rumah inap desa di Kuala Kangsar, Perak.

Mohd Latif turut dituduh atas kesal4han sama kerana memiliki 0.3 gram d4dah jenis kan4bis di bawah seksyen sama.

Sementara itu tertu.duh ketiga, Saiful Zaidrin pula didakwa memiliki 0.38 gram dad4h jenis meth4mphetamine yang merupakan satu kesal4han di bawah Seksyen 12 (2) Akta D4dah Berb4haya 1952, membawa hukum4n de.nda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi meminta j4minan sebanyak RM6,000 bagi tertu.duh pertama dan kedua manakala RM8,000 bagi tertud.uh ketiga.

Terdahulu mStar melaporkan artis dan dua kru iaitu masing-masing pengarah dan penolong pengarah dit4han dalam bilik berasingan dalam satu serbuan di sebuah rumah inap desa di No 835, Persiaran Jati Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Penerbit Filem Tampil Bagi Penjelasan

PIHAK produksi sebuah telefilem tidak bertanggungjawab dengan penahanan pelakon Niezam Zaidi dan dua kru yang terlibat dalam pembikinan karya berkenaan kerana apa yang mereka lakukan itu adalah kesalahan yang bersifat peribadi.

Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri berkata, pembikinan telefilem berkenaan yang diadakan di Kuala Kangsar sebenarnya sudah berakhir pada Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang untuk menyambung penggambaran di Kuala Lumpur, melainkan Niezam yang telah tamat tugasnya.

“Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Terdahulu mStar melaporkan artis dan dua kru iaitu masing-masing pengarah dan penolong pengarah yang sedang menjalani penggambaran di Kuala Kangsar ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah inap desa di Persiaran Jati Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Mereka dita.han dalam bilik berasingan kira-kira pukul 7.15 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Syafiqa ulas mengenai penahanan seorang pelakon dan dua kru telefilem terbitan produksinya. (Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri )

Hasil ujian air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif da.dah jenis THC atau Tetra Hydrocan.nibal.

Manakala penolong pengarah pula didapati positif da.dah jenis AMP dan methamp.hetamine.

Berikutan kejadian itu netizen mula mendedahkan mengenai identiti ketiga-tiga suspek termasuk mengaitkan nama pelakon Niezam Mohd Zaidi yang berasal dari Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, Syafiqa berkata dia dimaklumkan mengenai penahanan ketiga-tiga mereka pada Ahad namun tidak dapat mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Katanya, pihak produksi memandang serius kejadian itu dan telah mengambil tindakan drastik untuk menggantikan pengarah dan pembantu pengarah berkenaan bagi menyelesaikan baki beberapa babak telefilem berkenaan.

“Penggambaran di Kuala Kangsar dah selesai, kita akan beralih ke lokasi di Kuala Lumpur pula. Kami akan menukar pengarah lain untuk menyelesaikan baki penggambaran.

“Cumanya masih belum tahu lagi bila penggambaran akan disambung… kita kena susun semula jadual, tapi berkemungkinan akan disambung dalam masa terdekat.

“Untuk adegan membabitkan pelakon itu pula, semua wataknya sudah selesai dilakukan,” katanya.

Sumber : Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *