Amalan

Tvlar Rakaman Jemaah Umrah Dakwa Air ZamZam Tak Blh Bawak Balikk, Pengarah Andalusia Travel Tampil Bagi Penjelasan

Larangan bawa pulang air zamzam dari Mekah dijangka hanya sementara berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata, maklumat itu diperoleh daripada beberapa syarikat penerbangan yang membawa jemaah umrah.

“Bagaimanapun, tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Kita berharap larangan ini hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tentang tiada lagi air zamzam untuk dibawa pulang yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Bangunan baru Terminal 1 KAIA dengan keluasan 810,000 meter persegi dibuka untuk beberapa penerbangan domestik pada 2019. Ia dikatakan bangunan terminal yang terbesar di dunia.

Pada 18 Oktober lalu, pihak berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) memaklumkan operasi lapangan-lapangan terbang di negara itu berada pada kapasiti penuh.

VIDEO:

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *