Hiburan

“ulang2 dia cakap” Azman Naim dedah pesanan terakhir Mamat Khalid

Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River. Jenazah akan dibawa pulang ke ipoh untuk disemadikan. Semoga dipermudahkan urusan beliau dan diampunkan dosa2. Semoga roh arwah akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman

Punca awal dikenal pasti kerana serangan jantung. Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau.

Memetik perkongsian Facebook Yop4ever.com pula, pengarah yang cukup terkenal dengan filem Hantu Kak Limah itu mengalami ser4ngan j4ntung sebelum jatuh.

Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meningg4l dunia.

“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya.

Dalam pada itu Azman Naim yang terkenal dengan lagu parodi di media sosial, tampil berkongsi antara pesanan dan kenangan sepanjang berjumpa dengan Mamat Khalid

“Gambar Terakhir Bersama.

” Allah temukan, Allah juga Pisahkan.

Gambar ni special. Sebab asalnya saya nak mintak izin balik Johor (sebab dah habis scene saya)

Tapi kena tahan dengan abg Mamat almost 4 jam.
“Tak Rugged la Balik” ulang2 dia cakap.

Pada waktu ini, dia luah macam2 pada saya berkaitan Seni, Sejarah, Politik dalam alam Melayu dari zaman dulu hingga sekarang.

Konklusinya, “We need to make a dent (dalam Industri Seni)”
” Jangan cakap saja, tapi buat dan terus buat”

Dan pelbagai Nasihat yang sebenarnya saya agak pelik dia beri saya pada waktu itu.

Sehari sebelum tu dia ada cakap
“Kau ada Flare” ulang2 dia cakap masa makan dengan dia. Saya pun pening apa benda tu Flare
“Flare bukan fotogenik, lain. Tapi filem, movie, camera suka kau. Senang tangkap” dia kata. Saya lagi la makin pening

Alhamdulillah saya sempat bersama seorang seniman agung alam melayu zaman ini. Dimana hasil seninya bukan sekadar seni semata. Yang Peka akan faham.

Mengapa saya terima terus lamaran Abg Mamat Khalid sedangkan ramai lagi sebenarnya director dan producer yang approach saya?

Salah satunya adalah kerana Abg Mamat nak watak Gerhana tu 100% diri saya, tapi muda 10-20 tahun. Darah Muda, Ganas, Kasar, Unpredictable, Knowledgeable, Curious dan Rebel. Hanya tukar nama Azman kepada Gerhana, dan jadi lebih muda. Saya jadi kekal macam diri saya so outcomenya natural

Dia bijak meletakkan seseorang ditempat yang paling sesuai.

Terlalu banyak yang dia kongsi sepanjang saya bersama dia walaupun dalam waktu yang singkat. Insyallah sampai masa saya huraikan.

Kami sebenarnya dah prepare untuk shoot “Kampung Pisang berbuah 2 kali” 29hb oktober ini. Kalau ikut katanya, saya akan diberi lead role dalam filem tu. My Debut as Gerhana, adik cik Purnama.

Dari awal saya dah tanya abg mamat :
” Bos, nampak mcm movie kali ni spotlight byk kat saya. Is it worth it? Sbb sy orang baru. X pernah ada movie lansung. Boleh pegi ke cite tu nnt? Risau xda org tgok sbb sy ni tak popular ”

Dia jawab simple:
“Kita buat dia”
Itu exact words dia.

Kali terakhir abg mamat hubungi saya adalah pada 21hb
” U gonna sing this song -kehebatan cinta Jamal Abdillah & Francesca Peter (untuk Kg Pisang Berbyah 2 kali). Masuk Studio 30th Oct”
Saya akan berduet dgn female partner saya dlm movie tu. Siapa? Yang tu tunggu orang yang berkenaan sendiri mengaku.

Dia sempat kongsikan gambar Rumah saya sebagai Gerhana dari lokasi shooting dalam grup wasap kami

Seni sebagai Alat membuka Minda. Bukan sekadar hiburan semata. Sebab tu saya mudah “masuk” dgn abg mamat khalid.

“Tak kira kau niaga atau dalam bidang biz kau ke, atau kau dalam seni, teruskan Keikhlasan dan Kejujuran bila buat sesuatu. Be Yourself” itu antara nasihat dia

Kita Kehilangan
Tu je saya nak cakap buat masa ni.

Al fatihah

Mamat Khalid in Memories

Gerhana
Mohd Nur Azman Naim
@azmannaim44

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *