Hiburan

Bengang wanita Twitter tudvh Allahyarham Zulfarhan Osman pvnca kejadian bvli, Diana Danielle tampil bagi kata2 ini

STATUS seorang netizen di Twitter melemparkan kata-kata negatif terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkainain yang meninggal dunia akibat dibuli empat tahun lalu mengundang kemarahan aktres Diana Danielle.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, berkata, individu itu tidak sepatutnya berpihak kepada pembuli berkenaan lebih-lebih lagi apabila semua mereka sudahpun dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

“Akaun Twitter dia sudah tiada tapi kenyataannya buat saya menggigil. Ia sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!

Diana berkongsi paparan skrin status individu tersebut.

“Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda,” tegas Diana.

Terdahulu, Diana memuat naik status seorang individu dipercayai seorang wanita menuduh Allahyarham menjadi punca kejadian itu berlaku.

​”Kau tak nak tanya apa punca semua ini? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ini?” tulis individu tersebut.

Membina jati diri tak ada kena mengena dengan membuli.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkainain, empat tahun lalu.

Lima daripada enam tertuduh dikehendaki menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sementara itu, mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 yang lain yang sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Semua tertuduh dijatuhi hukuman pada Selasa.

Dalam pada itu, pelakon drama siri GANJIL ini berharap budaya membuli di institusi dapat dihentikan kerana bimbang nasib anak-anaknya di masa hadapan.

“Keadilan untuk Zulfarhan. Hentikan budaya membuli di institusi! Membina jati diri tak ada kena mengena dengan membuli.

“Sudah banyak kali kes buli sehingga menyebabkan kematian. Jadi, macam mana saya nak terus berdiam diri? Saya juga mempunyai anak-anak,” kata Diana.

‘Najihah’ n4fi teman wanita kepada pesal4h laku kes arwah Zulfarhan

PETALING JAYA: Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Najihah menafikan dia mempunyai hubungan dengan salah seorang pesalah laku dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Katanya, ada sesetengah pihak yang sengaja mengaitkannya dengan pesalah laku tersebut.

“Saya tak ada hubungan apa-apa pun dengan salah seorang pesalah laku itu, suka hati cakap Najihah teman wanita pelaku kes itu, padahal kebetulan sama nama dengan saya, senang-senang cakap.

“Jadi tak perlu lebih-lebih lagi, tak ada apa hubungan pun,” katanya secara langsung menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Bagaimanapun, dia tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kes tersebut.

“Jangan nak mudah sangat salahkan orang, hukum orang, kaji dulu betul-betul, kalau dah nampak salah, nampak salah sahaja, tak nampak dah dekat mangsa.

“Saya berani menulis di Twitter sebab saya tahu cerita sebenar, tapi minta maaf sangat-sangat sebab tak boleh cerita hal sebenar.

“Kalau cerita nanti makin panjang, arwah dah tenang kat sana, yang lain dah kena hukuman, jadi tak ada apa lagi isu. Saya pun minta maaf, sebab menulis macam itu di Twitter,” katanya.

Menerusi akaun Twitternya, Najihah dilihat mempertahan pesalah laku tersebut, sebaliknya cuba menyalahkan mangsa, yang akhirnya menjadi tular di internet.

“Orang hanya akan nampak salah dekat si pelaku, tapi orang tak tahu cerita sebalik kes ini. Fikir logiklah, kalau orang tak usik kita, takkan kita nak usik orang kan? Tak apalah, yang tahu sahaja tahu kisah sebenar,” katanya

TANGKAP layar akaun Instagram ‘Najihah’ berhubung penjelasannya mempunyai hubungan dengan salah seorang pesalah laku dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *