Uncategorized

Biawak ‘ses4t’ mahu masuk bank, rami berdekah bila netizan kait dgn KWSP one-off 10k

Kuala Selangor: Pelanggan yang berurusan di sebuah bank di Sungai Buloh, Jeram, dekat sini, gempar dengan kehadiran biawak yang mahu memasuki premis itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang, reptilia sepanjang tiga meter itu hanya disedari apabila ia berada di pintu masuk bank berkenaan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, sepasukan lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati biawak seberat 20 kilogram (kg) itu masih berada di hadapan bank berkenaan.

ANGGOTA APM Kuala Selangor menangkap biawak sepanjang tiga meter di Sungai Buloh, Jeram, semalam. FOTO Ihsan APM KUALA SELANGOR

“Reptilia terbabit dilihat cuba memasuki bank dengan menolak pintu cermin.

“Operasi penangkapan kemudian dilakukan dengan menggunakan alat penjerut untuk mengelakkan biawak itu bertindak agresif,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suzaini berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk menangkap reptilia berkenaan dan ia dilepaskan ke kawasan parit berhampiran.

“Kami percaya biawak itu tersesat dari kawasan berdekatan dan mahu memasuki bank kerana faktor sejuk atau kelaparan,” katanya.

Berikut reaksi netizan 

“Biawak pun keluar utk rompak bank lepas tiada pengumuman KWSP one-off 10 k huhu”

“Kita taknak buaya..Kita nak biawak berduit..macam dia..hahahaha”

“Biawak pun tekad p bank cari rezeki.. sebab tak rela lagi dipanggil biawak hidup. Biawak hidup yang sedia ada kena bawak2 bertobat.. hahahahhaa”

Ramai Kecewa Pengeluaran RM10,000 KWSP Tiada Dalam Bajet 2022

Di media sosial hari ini, ramai melahirkan rasa kecewa apabila tuntutan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000 secara ‘one-off’ tidak dimasukkan dalam Bajet 2022.

Rata-rata rakyat meluahkan rasa kecewa itu kerana sudah berharap dengan janji Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang terbukti gagal untuk membawa harapan rakyat kepada kerajaan.

Ramai beranggapan usaha Pemuda UMNO bertemu dengan orang penting seperti Perdana Menteri, Ketua Eksekutif KWSP dan Menteri Kewangan sendiri sebagai satu sandiwara semata-mata kerana tidak membuahkan sebarang hasil yang baik untuk rakyat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *