Amalan

Calon BN PRN Melaka Tak Dpt Jawab Satu Soaln Pun Dari Wartawan. Netizan Syak Dia Tak Faham Bahasa Kebangsaan

Tular di media sosial berkaitan calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying yang tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Berdasarkan video yang berdurasi 58 saat tersebut, Hui Ying ditanyakan beberapa soalan dalam bahasa Melayu oleh pengamal media namun tidak dapat dijawab.

Berdasarkan ciapan @Gang_Utara di Twitternya memaklumkan, Hui Ying merupakan bekas pelajar di Puey Fong High School Melaka iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina, UEC.

Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pertuturan di Universiti Shih Hsin, Taiwan.

“I will try my best (saya akan cuba yang terbaik),” respon beliau ketika ditanya soalan bagaimana ingin bersaing dengan senior di dalam politik ini.

Menurut pengguna Twitter, @meldflique, tidak seharusnya negara untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang tidak reti bertutur dalam bahasa kebangsaan.

“Ia umpama kontrak sosial dahulu yang langsung diinjak-injak (dipijak),” ujarnya.

Video:

Komen Netizen:

“Kita dah start kena ada matapelajaran Mandarin dah kt sekolah. Nk kejer pun rata kena ada bahasa mandarin”

“Pengundi BN: YB saya mahu minta bantuan, tolong sama saya orang susah, mahu beli susu anak tiada duit.
YB : I Ermmm. Bangang lah siapa pilih calon macam ni”

“Sebagai wakil rakyat yang akan berbahas dalam dewan negeri mana mungkin x boleh bertutur dalam bahasa rasmi negara dengan baik. Siapa yang pilih beliau sebagai calon? X de temuduga calon dulu ka?”

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *