Hiburan

‘Dia kata tak boleh keluar daripada Johor Bahru, kenapa tak boleh keluar?’ – Suami Nynaa Harizal mula cerita perkara sebenar

Umum tahu mengenai pergolakan rumah tangga yang membabitkan pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas. Kisah pasangan ini menjadi bualan ramai selepas suaminya mendakwa Nynaa ‘diculik’ oleh keluarga mentuanya.

Berusaha cari jalan penyelesaian

Ketika ditemui media, Fahmi, 29, menyatakan dia rela melepaskan isteri tercinta jika itu yang diinginkan Nynaa namun haruslah mengikut prosedur yang betul.

Kata Fahmi, dia masih memegang status suami jadi apa yang dia mahukan adalah berbincang dengan cara baik bagi menyelesaikan konflik ini.

Saya ni lelaki, kalau perempuan sudah tak nak, untuk apa saya mahu terus kekal berada dalam perhubungan itu. Tetapi sebagai suami, saya akan berusaha cari jalan penyelesaian.

Datanglah berjumpa saya, berbincang di rumah yang kita duduki selepas berkahwin. Bukan di rumah keluarga dia atau keluarga saya. Kalau tidak, jumpa di luar pun tak apa.

Kalau betul nak cerai, buat cara baik. Dia failkan penceraian cara baik, tetapi tindakannya? Kenapa tiada berbincang atau berkomunikasi dengan saya?

Dia kata tak boleh keluar daripada Johor Bahru, kenapa tak boleh keluar? Benda ini buat saya tertanya kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah ada hasutan pihak ketiga?

Tak pernah bertengkar atau bergaduh besar

Dedah Fahmi, antara alasan yang diberikan oleh pemilik nama Nurul Hanynaa Harizal, 25, untuk bercerai ialah mereka sudah tidak lagi mempunyai persefahaman.

Tegas Fahmi, mereka tidak pernah bergaduh besar malah katanya lagi dia tidak menghalang pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu untuk keluar bekerja dan bersosial bersama rakan.

Antara alasan Nynaa untuk bercerai adalah kami tiada persefahaman dan saya telah menderanya secara emosi dan fizikal. Kami baru dua bulan berkahwin. Kami tak pernah bertengkar atau bergaduh besar.

Saya tak pernah menghalangnya untuk keluar bekerja, termasuk berjumpa rakan. Malah saya ada bukti kemesraan mereka sepanjang tempoh kehidupan berumah tangga.

Enam jam sebelum Nynaa dibawa ke Johor, kami masih bermesej seperti biasa. Dia (Nynaa) siap tanya saya sama ada nak makan kerana dia nak bungkuskan makanan yang banyak di lokasi penggambaran.

Pada 11 November, suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa Harizal didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Terbaru, Nynaa telah memfailkan permohonan cerai kepada suaminya pada 10 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor.

Untuk makluman, permohonan perceraian dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.

Fahmi masih cintakan isteri, sedia maafkan

Fahmi antaranya berkata, dia berkali-kali menghubungi isterinya menerusi mesej WhatsApp tetapi hanya sekali dibalas isterinya dengan knyataan mahu menghabiskan masa dengan keluarganya selain meminta Fahmi menghormati keputusannya.

” Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat.

” I love you sayang. Saya sedia maafkan awak..” kata Fahmi.

Mhkamh sebelum itu menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes terhadap permohonan itu.

Menerusi permohonan yang dibuat, Fahmi meminta isterinya kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Fahmi juga mahu menyelamatkan pernikahan mereka supaya Nynaa kembali menjalankan tnggungjawab sebagai isteri dan hidup dalam kasih sayang.

Terdahulu bapa Nyna mengaku tidak bersIah di Mhkamh Majistret Shah Alam, hari ini atas perbuatan menakvtkan secara jnayah dengan menggunakan p1stoI ke atas seorang lelaki, minggu lalu.

Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pngakuan itu selepas pertudvhan dibacakan di hadapan Maj1stret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumh tngga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu pada 3 November lalu, Fahmi mendkwa isterinya ‘diI4rikan’ oleh bapanya ketika terbabiit dengan penggmbaran sebuah drama dan tidak pasti di mana isterinya berada.

Nynaa mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi, 29, pada 28 Ogos lalu.

Nynaa yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020 mula menceburkan diri dalam industri seni apabila berlakon dalam drama pertama, Hero Seorang Cinderella dan Kekasih Paksa Rela pada 2017.

Sumber:hmetr0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *