Uncategorized

Final Piala Malaysia: Salah Seorang Penykong Terkedu Tgk Harga Pakir Kereta Di Bukit Jalil

Beberapa pengguna laman sosial hari ini mempertikaikan caj parkir kenderaan yang dianggap tidak munasabah dipercayai dikenakan di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC), Bukit Jalil, di sini.

Ketika ini, penonton sedang berpusu-pusu menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC yang dijangka bermula pada pukul 9 malam.

Berdasarkan perkongsian di laman Twitter, notis yang ditampal pada tiang sebuah khemah menunjukkan caj parkir di KLSC bagi sekali masuk adalah RM20.

Caj parkir yang dipercayai dikenakan di KLSC, Bukit Jalil dianggap tidak munasabah oleh netizen. Kredit foto – Pengguna laman sosial

Justeru, netizen dilihat tidak berpuas hati dengan kadar caj parkir yang dikenakan dengan menganggap ia terlalu mahal.

Segelintir pengguna turut menyarankan kepada orang ramai yang ingin menonton aksi final malam ini supaya menggunakan penggunakan awam iaitu sistem transit aliran ringan (LRT) atau pun menggunakan motosikal untuk ke stadium.

 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan caj parkir sebenar yang dikenakan oleh pihak pengurusan sekiranya tiada sebarang perlawanan diadakan di stadium berkenaan.

Seramai 20,000 penonton yang sudah lengkap dos vaksinasi dijangka hadir untuk menonton perlawanan malam ini.

Sumber : Malaysia Gazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.