Uncategorized

“Jadi mngsa ‘serkap jarang’, fitn4h bom0h”-Luahan Bapa Arwah Zulfarhan Buat Ramai Sayu

Bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman berkata dia yakin anaknya itu masih hidup hari ini jika tidak difitnah oleh ‘b0moh’ yang mendakwa anaknya itu mencuri komputer riba.

Memetik laporan Free Malaysia Today, bapa kepada Zulfarhan iaitu Zulfarhan Idros berkata ‘b0moh’ berkenaan membuat tuduhan tidak berasas serta tiada bukti mengenai dakwaan tersebut.

“Anak saya mangsa fitnah bom0h,” kata Zulkarnain Idros, bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang maut selepas didera termasuk “diseterika” rakan sekuliah.

“Dia (bom0h) tak ada bukti, main serkap jarang, tengok mangkuk ke, ape ke…Tak ada bukti, timbul (nama) anak saya,” katanya.

Semasa perbicaraan Zulfarhan pada 16 Mei 2018, seorang b0moh, Abdullah Md Seh, yang juga bapa kepada tertuduh Muhamad Ashraf Abdullah dilaporkan memberitahu mahkamah beliau mendapat “petunjuk” bahawa mangsa mencuri komputer riba.

Abdullah dilaporkan berkata, “petunjuk” itu diperoleh melalui gerak hatinya serta melihat nama mangsa timbul di pandangan.

Dalam pada itu, bapa Zulkarnain turut berharap apa yang terjadi dijadikan pengajaran kesan buruk penggunaan khidmat b0moh untuk tujuan yang jelas bertentangan dengan Islam.

“Tentang pakai bom0h, saya pun tak setuju. Islam cakap ia boleh (sebabkan) perpecahan, bermusuh satu sama lain, boleh buat kematian. Macam (kes) inilah.

“Dia (tertuduh) percaya bom0h, (bila) bom0h cakap orang ni (yang buat), dah anak saya dibunuh, diseterika, didera,” katanya.

Reda di atas apa yang berlaku, namun Zulkarnain berkata dia dan isteri tidak dapat mengetepikan hakikat anak sulungnya itu diseksa selama dua hari berturut-turut.

“Ada dua hari arwah anak saya diseksa. Pada 21 dan 22 haribulan (Mei 2017). Kalau kata tanpa niat, kita boleh terima kalau 21 haribulan sahaja.

“Ini dah masuk hari kedua, adakah tanpa niat? Dua hari berturut-turut. Itulah saya sebagai bapa mempertikaikannya. Bukan pertikai keputusan mahkamah tapi niat mereka itu. Saya terpaksa reda. Anak saya sudah tiada. Saya pun maafkan mereka,” katanya.

SUMBER: Free Malaysia Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *