Uncategorized

KFA bayar tunggakan gaji pemain, sekali TMJ komen ” Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji?”

ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap tiada lagi isu tunggakan gaji melibatkan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, masalah itu perlu diselesaikan sekiranya benar-benar berlaku.

“Kena tanya pihak KDA FC. Kita harap tidak ada dah (isu tunggakan gaji). Jikalau ada sangkut (tertunggak) kita harap akan usaha untuk menanganinya,” ulas Muhammad Sanusi ketika disoal dakwaan berlaku tunggakan gaji pemain Kedah.

Ia susulan khabar angin gaji pemain itu Kedah tertunggak antara dua hingga tiga bulan yang didakwa menjadi antara faktor pemain kurang mempamerkan semangat dalam perlawanan.

Tahun lepas, isu tunggakan gaji pemain Kedah mengejutkan peminat apabila mereka dilaporkan berdepan masalah tunggakan gaji sejak lebih lima bulan sebelum dijelaskan sepenuhnya tahun ini.

” Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji?”-TMJ

Susulan itu, TMJ di lihat meninggalkan komen mengenai isu gaji pemain. Tidak berdiam diri, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah terus memuat naik status menjawab balik dakwaan TMJ tersebut

“La ni bulan sebelaih dah… bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia…”

Kedah jumpa JDT suku akhir Piala Malaysia

Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC memilih laluan sukar apabila bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir Piala Malaysia pada 14 November ini.

Ia selepas Kedah tewas 0-2 kepada Melaka United pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Helang Merah terpaksa akur mara ke suku akhir sebagai naib juara dengan 12 mata, ketinggalan empat mata di belakang Melaka yang langsung tidak tewas dalam enam perlawanan Kumpulan C.

Dalam aksi sebentar tadi, Melaka yang dikendalikan Zainal Abidin Hassan berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain berdarah campuran Jerman-Filipina, Manuel Ott pada minit ke-24.

Ia berpunca daripada larian solo penyerang import Melaka, Sony Norde dan melakukan rembatan yang ditepis keluar penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal sebelum Ott membuat percubaan susulan.

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar mempunyai peluang terbaik untuk mengikat kedudukan, namun percubaan jarak jauhnya hanya singgah di palang gol pada awal babak kedua.

Aksi selepas itu lebih banyak dikuasi Kedah apabila kali ini giliran Kpah Sherman pula melakukan percubaan menerusi sepakan gunting tetapi masih gagal menewaskan penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat.

Kedah bernasib baik gawang mereka tidak dibolosi buat kali kedua dalam aksi itu disebabkan kesilapan Ifwat ketika menumbuk keluar sepakan percuma pemain sayap Melaka, S. Kumaahran pada minit ke-78.

Walaupun Kedah banyak melancarkan serangan tetapi kredit harus diberikan kepada Melaka yang bermain lebih tersusun dengan beberapa serangan balas pantas berbahaya melalui kelincahan larian Norde.

Hasrat Kedah untuk bangkit dalam perlawanan itu tidak kesampaian apabila Giovane Gomes memanfaatkan hantaran lambung daripada Adriano Narcizo untuk menanduk masuk gol kedua Melaka pada minit ke-88.

Kemenangan itu menyaksikan hasrat Melaka mahu mengelak bertemu JDT di suku akhir tercapai dan bakal menentang pasukan tempat kedua Kumpulan D, Sabah yang menyambar slot terakhir selepas menang 1-0 ke atas Petaling Jaya City.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *