Uncategorized

Kongsi Video Jumpa Duit Berkepok Ketika Cuci Uniform Suami, Tindakan Wanita Ini Dipersoal Netizen

Ini namanya untung sabut timbul, untung batu tenggelam, kalau dah namanya rezeki pasti membuahkan senyuman lebar yang dapat dilakarkan oleh para ibu apabila terjumpa wang saku lebihan yang tertinggal dalam poket seluar suami, lagi-lagi kalau dalam jumlah yang besar.

Kata orang jika kumpul duit sedikit demi sedikit lama-lama bakal jadi bukit, cukuplah untuk dijadikan upah harian buat para isteri dek sibuk berbanting tulang bekerja keras menguruskan perihal rumah tangga.

Selalunya duit yang diperoleh adalah baki dari membeli barang seperti wang kertas Rm1.00 ataupun duit syiling.

Namun berbeza dengan perkongsian seorang wanita apabila membuat konten di TikTok memaklumkan suka membasuh uniform suaminya kerana akan memperoleh wang tunai yang banyak dan menjadi simpanannya.

Hal tersebut dikongsikan di TikTok dan dimuat naik semula satu akaun Twitter dikenali sebagai @MOFASAD_ dan menjadi bualan ramai.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa begitu banyak duit yang diperoleh wanita tersebut ketika membasuh uniform polis suaminya sehingga ada yang meminta wanita itu supaya berhati-hati dengan konten yang dibuat.

Hal itu menjadi syak wasangka ramai dan boleh mengundang fitnah terhadap apa yang diperoleh lebih-lebih lagi melihat jumlah duit yang dijumpai ketika mencuci uniform suaminya.

Last-last Plot Twist jee

Walau bagaimanapun, ada netizen yang telah tampil menjelaskan hal sebenar dan mendakwa bahawa suami kepada wanita tersebut hanya seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Individu berkenaan meminta orang ramai supaya berhenti meninggalkan fitnah berhubung video yang dimuat naik oleh isteri anggota polis tersebut kerana apa yang dituduh oleh netizen di media sosial sama sekali tidak benar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Twitter @MOFASAD_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *