Amalan

KPDNHEP Lancar Ops Menu. Selain Penjara, Ini Hvkuman Lain Yg Peniaga Menipu Boleh Kena

Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.

Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Tawar Harga Tak Masuk Akal Boleh Didenda RM40,000 & Penjara 3 Tahun 1


Resit yang menjadi tular di media sosial kini.
Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya, sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.

Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Pelanggan siakap semak harga dulu sebelum pesan – KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan siasatan dalam insiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

“Kita akan menyiasat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.

“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

MENU makanan ditempah pelanggan yang membayar lebih RM1,000 di restoran berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian yang me­nimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan se­ekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram (kg) di salah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Berita berkaitan: Siakap RM1,196 cuma makan ikan kecil bukan dedak

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 termasuk menu lain.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa a­duan berkaitan caj harga makanan yang tinggi di pulau pe­ranginan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.

“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tertindas dalam isu berkenaan.

“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.

Berita berkaitan: ‘Pelanggan mahu siakap itu, tidak mahu ikan lain’

Tambahnya, isu peniaga memanipulasi harga semakin serius di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja mene­rima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

PEMILIK Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa (kiri) menunjukkan menu makanan beserta harga kepada pegawai KPDNHEP di premisnya di Langkawi, semalam.

Kredit: HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *