Hiburan

Lelaki sedang bergambar, disangka patung plastik, rupa-rupanya buaya sebenar

MALANG menimpa lelaki ini apabila dia cedera dibaham seekor buaya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-68 di sebuah taman tema di Filipina, baru-baru ini.

Mngsa, Nehemias Chipada menyangka ia merupakan patung plastik sebelum selamba merakam gambar dengan reptilia tersebut.

Namun tanpa disangka-sangka, ia bukanlah patung, sebaliknya buaya yang sebenar.

Ketika kejadian, angsa sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum cedera diser4ng buaya sepanjang 3.6 meter itu.

Malah, kejadian berkenaan turut disaksikan ahli keluarganya.

Kecederaan pada bahagian lengan yang dialami menyebabkan dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Mindanao Utara dan terpaksa menjalani pembedahan.

Selain kecuaian mngsa, pihak taman tema turut diselar kerana tidak menyediakan papan tanda amaran kepada pengunjung sehingga berlaku kekeliruan dalam kejadian tersebut.

Ketika kejadian, mangsa sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum cedera diserang buaya. Foto: ViralPress.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *