Amalan

“Jadi, kalau YB Khairy Jamaluddin baca interview ini, sila letakkan nama anak-anak saya dlm senarai’- Daphne Iking

Pada 26 Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa Malaysia terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak bawah usia 12 tahun.

Selain itu, jawatankuasa penasihat vaksin FDA turut mengesahkan yang vaksin COVID-19 Pfizer boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Rentetan daripada pengumuman tersebut, ramai ibu bapa dilihat tidak bersetuju dengan cadangan yang diumumkan oleh kerajaan dengan memberi alasan bahawa anak-anak mereka bukan bahan uji kaji.

Begitupun, lain pula ceritanya dengan pengacara popular Daphne Iking. Ketika berpeluang bertemu dengan Daphne pada majlis pertunjukkan fesyen Mara In Fashion yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini, selebriti yang berasal dari Sabah itu mengakui terbuka untuk membenarkan anak-anaknya menjalani ujian klinikal vaksin yang telah diumumkan oleh kerajaan.

Kongsi Daphne, dia percaya bahawa ujian intensif dan menyeluruh telah dijalankan sebelum ini oleh pakar dan yakin bahawa pemvaksinan untuk kanak-kanak merupakan satu proses yang selamat.

INI KATA KATA DAPHNE IKING KHAS UNTUK MENTERI KESIHATAN

“Kalau YB Khairy Jamaluddin Baca Interview Ini, Sila Letakkan Nama Anak-Anak Saya Dalam Senarai Percubaan Vaksin” – Daphne Iking

“Saya percaya sains. Saya juga percaya yang kajian telah dibuat sebelum ini dan menunjukkan hasil yang positif. Semua orang dewasa dalam rumah saya, termasuk pembantu telah menerima vaksin.

“Anak saya yang berusia 14 tahun juga telah menerima vaksin lengkap, tinggal menunggu dos penggalak sahaja. Saya okay dengan saranan ini kerana anak-anak kepada sahabat-sahabat saya di luar negara juga telah divaksin dan mereka baik-baik sahaja.

“Jadi, kalau YB Khairy Jamaluddin baca interview ini, sila letakkan nama anak-anak saya dalam senarai percubaan vaksin,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Daphne sempat memberi pandangan terhadap golongan ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka divaksin pada usia yang terlalu muda.

“Kawan rapat saya sendiri pun ada yang anti-vaksin. Agak sukar (isu penolakan vaksin) sebab ia berbalik semula pada pilihan mereka untuk menerima vaksin atau tidak.

Kita ada peraturan kan? Sebelum ini anak-anak kita menerima suntikan BCG dan sebagainya.

“Saya rasa perasaan takut itu datang kerana mungkin mereka tidak tahu apa yang akan berlaku selepas anak-anak disuntik vaksin, jadi saya faham alasan mereka.

Tetapi, mereka juga perlu hormatlah jika mereka tidak dibenarkan untuk menyertai pelbagai program dan acara.

“Bagaimanapun, saya ada dengar tentang cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang tidak mengambil vaksin untuk mengundi. Bagi saya itu merupakan satu cadangan yang keterlaluan.

Tidak boleh masuk pusat beli-belah atau makan di restoran tak apa, tetapi jangan nafikan hak konstitusional warga negara yang ada pada mereka,” tutup Daphne.

Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 43, mendirikan rumah tangga dengan Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011. Daphne mempunyai empat cahaya mata iaitu Isobel Daniella Iking, 14, Iman Daniella Iking, 10, Isidore Daniel Iking, 5, dan Ilon Daniel Iking Azmi yang kini berusia setahun.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *