Uncategorized

Pelanggan ‘siakap kayangan’ cerita detik-detik panik tak cukup cash nak bayar bil “Panjang Ikan siakap dari jari kelingking hingga siku”

SEJAK cerita ‘siakap kayangan’ tular di media sosial, banyak pihak mula mengeluarkan pendapat masing-masing tentang isu berkenaan.

Sungguhpun ramai menyalahkan peniaga kerana didakwa tidak telus dalam berurus niaga, namun tak kurang juga yang menuding jari kepada pelanggan kerana dikatakan cuai.

Salah seorang pelanggan dikenali sebagai Niena, dia yang menikmati hidangan makan tengah hari di restoran yang sama mengakui terkejut apabila peniaga memberikan ikan siakap seberat 5.2 kilogram dengan harga RM846.40.

Katanya, kuantiti ikan berkenaan tidak seharusnya dihidangkan kepada kumpulan rombongannya terdiri daripada 10 dewasa dan 11 kanak-kanak.

“Kami biasa makan dalam jumlah ramai di kedai yang hidangkan makanan laut segar sebegini namun tidak la sampai 5kg ikan. Ini dah macam nak buat kenduri,” katanya kepada mStar.

Kata Niena, ketika kunjungannya ke restoran berkenaan pada 3 November lalu mereka dikenakan caj keseluruhan sebanyak RM1,738.70.

Bercerita lanjut, Niena berkata pihaknya langsung tidak dimaklumkan tentang saiz sebenar ikan meskipun mengakui peniaga ada mempamerkan harga bagi setiap 100 gram.

“Masa kami order ada dinyatakan ikan siakap dan harga per gram, ini bukan pertama kali makan seafood jadi kami aware dengan harga itu.

“Saya tanya saiz ikan besar macam mana? dia tunjukkan saiz besar tangan dari jari kelingking ke siku. Mungkin dalam dua tiga kilo jadi harga tak la mahal.

“Namun memang tak sangka mereka akan masak ikan seberat 5kg,” katanya.

Kedua-dua pemandu bot cadang pesan makanan siap-siap!

Baru-baru ini tular di Facebook perkongsian seorang lelaki yang mendakwa ‘terkena’ apabila harga ikan siakap dipesannya di sebuah restoran di Langkawi begitu mahal.

Menerusi perkongsian Mohd Faris, dia perlu membayar RM 1,196 hanya untuk harga ikan siakap seberat 7.4 kilogram.

Disebabkan harga ikan tersebut yang begitu mahal, dia kemudian terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

‘Kenapa tak ambil tahu berat ikan sebelum buat pesanan?’ – Lelaki Cina ini kongsi langkah tepat sebelum buat pesanan makanan laut

Menurut Tai Zee Kin, sudah menjadi amalan orang Cina memastikan bajet mencukupi dan beberapa perkara lagi yang perlu dipertimbangkan dengan baik agar tidak menyesal selepas makan.

“Ini cara orang Cina pesan seafood di restoran:

Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Tiada caj tiket masuk yang akan dikenakan. Itu tempat kalian memilih seafood segar. Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa mereka berjalan-jalan di tepi akuarium sambil mengajar mereka mengenai jenis-jenis ikan dan ketam.

Di akuarium juga tertera jelas nama seafood (di situlah ayah saya ajar nama dan jenis ikan) dan berapa harga bagi setiap 100 gram, 1 kilogram atau sukatan y ang bersesuaian.

Di tepi akuarium ada penimbang, boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan atau minta dia buat anggaran berat.

Kalau tiada akuarium pun, orang Cina akan terus pesan seafood mengikut berat (kalau bukan harga tetap). Sebagai contoh, kalau kami memesan ikan siakap, terus beritahu nak ikan siakap berat 1.5 kilogram. Tauke akan pergi tengok ada tak ikan siakap berat 1.5 kilogram. Jika tiada, tauke akan bagi anggaran julat berat.

Peminat seafood dah ada harga seafood, darab berat ikan dalam kunci kira-kira minda.

“Orang Cina tidak gemar cara makan dulu, kira kemudian. Bila budaya makan di restoran mamak mula berbuat demikian, ramai di kalangan orang Cina berasa kurang selesa. Amalan ini berlaku pada era tahun 2,000 di mana kedai mamak kebiasaannya meminta pelanggan makan terlebih dahulu, kemudian barulah dia datang untuk membuat kiraan.

“Budaya orang Cina, selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum berbelanja. Makan di kedai juga sama. Kalau makan besar, perlu buat kira-kira dulu mengikut kesesuaian bajet, periksa harga betul-betul, kira berapa kepala dan selesai membuat semua itu barulah boleh membuat pesanan atau tempahan. Amalan ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.

“Budaya makan dulu, kira kemudian sangat bahaya. Kerana ketidakselesaan ‘caj melampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak. Ianaya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (Mismatch of expectation).

“Isu siakap terlampau caj ini bagi orang Cina sangat jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak mengambil tahu akan berat ikan sebelum membuat pesanan? Kenapa tidak sebut sahaja “Nak ikan siakap, bagi 1.5 kilogram cukup”?.

“Apabila saya membuat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum bersetuju membuat pesanan. Tiada masalah.

“Ingat cara-cara ini, ‘kira dulu, pesan kemudian’. Tak perlu segan-segan. Biar segan dulu sebelum menyesal di kemudian hari. Dalam hal ini, pelanggan tidak bersalah dan begitu juga dengan pihak restoran. Restoran siap beritahu harga setiap 100 gram awal-awal. Caj pun mengikut harga per 100 gram. Pelanggan beri kebebasan kepada restoran untuk membuat anggaran berat ikan,” katanya.

Sumber: Tai Zee Kin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *