Amalan

Penyewa maki pengawal keselamatan dit4han. Rupanya ada kes4lahan lain yg dia buat

PETALING JAYA – Pasangan penyewa yang tular selepas didakwa memaki hamun seorang pegawal keselamatan gara-gara menolak untuk menjaga anak mereka telah ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Residensi Awani berkata, satu waran tangkap telah dikeluarkan pihak polis ke atas suspek lelaki kerana didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan jen4yah.

Kenyataan daripada Perbadanan Pengurusan Residensi Awani.
“Pada pukul 12 tengah hari, 3 November 2021, satu waran telah dikeluarkan oleh pihak polis ke atas suspek lelaki kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti curi dan jenayah lampau.

“Pasangan penyewa itu kerap berpindah bagi mengelakkan diri mereka dikesan. Beberapa anggota polis bersama pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya telah dibawa keluar ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan telah memberi notis amaran kepada pemilik unit dan menamatkan kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut serta-merta.

“Susulan tindakan pasangan penyewa meninggalkan anak mereka di meja sekuriti dan telah menyebabkan kekacauan, pihak pengurusan telah mengambil tindakan atas kejadian tersebut.

“Pihak pengurusan telah mengemukakan notis amaran kepada pemilik dan penyewa tersebut dan kontrak sewaan pasangan tersebut turut ditamatkan awal oleh pemilik unit. Pihak kami dimaklumkan mereka masih dalam proses untuk pindah keluar,” katanya.

Pihak pengurusan turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang video atau maklumat kurang tepat kerana dikhuatiri boleh menganggu siasatan.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dan dihambur kata-kata kesat oleh seorang lelaki hanya kerana tidak menjaga anak mereka.

Poster pihak pengurusan kediaman yang menjadi tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *