Uncategorized

Ramai pelanggan macam ‘melarikan’ diri ketika Najib sampai, Pemilik kedai tampil buat penjelasan

BEKAS perdana menteri Najib Razak mungkin masih boleh menarik orang ramai ke mana sahaja beliau pergi tetapi sukar untuk melihat hal ini diterjemahkan sebagai sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Melaka, kata pengundi dan pemerhati politik.

Namun begitu, usaha beliau berkempen untuk BN walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi, adalah pelaburan dalam usaha untuk kembali ke kepimpinan politik pada masa hadapan.

Pada siapa yang mengikuti perkembangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Bossku sudah pasti tahu bahawa sekarang dia berada di Melaka sempena PRN Melaka yang akan berlangsung.

Memang cara beliau untuk singgah di tempat tempat tumpuan rakyat terutamanya restoren restoren dan apabila beliau sampai restoren itu terus jadi penuh.

Restoren Tutup, Ramai Lari Lepas Najib Razak Sampai?

Tular di media sosial dimana Najib Razak singgah ke sebuah restoren yang terletak di Pantai Siring, Melaka. Kelihatan ramai pelanggan mula beredar ketika Najib sampai ke kedai tersebut

Restoren tersebut menjual juadah celup tepung dan selepas Najib Razak singgah disitu tular bahawa restoren itu ditutup sehingga Najib Razak pulang dengan hampa.

Pemilik kedai Pantai Siring nafi tutup kedai ketika Najib sampai

AYER KEROH – Pemilik Kedai Makan Bawah Pokok Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring, Haslinda Musa menafikan pihaknya menutup premisnya sebaik sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak menyinggah untuk bersarapan dengan penduduk Merlimau, Melaka.

Haslinda berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali bahkan pada hari kejadian, pihaknya beroperasi seperti biasa.

“Ada isu viral kata akak tutup kedai masa Bossku (Najib) datang kedai, tak layan Datuk, sedangkan itu semua tak betul.

“Hari itu (Ahad) kita berniaga macam biasa, isu viral ini satu fitn4h yang mel4mpau, boleh merosakkan nama kedai akak,” katanya dalam satu video klip yang dimuat baik di Facebook rasmi Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring, hari ini.

Awal hari ini, video Facebook Live MalaysiaGazette dimanipulasi pihak tertentu kononnya kedai makan itu ditutup sebaik sahaja kehadiran bekas Perdana Menteri di sekitar Pantai Siring, Merlimau, Melaka, Ahad lalu.

Malah video Facebook Live MalaysiaGazette disunting pihak tertentu seolah-olah di bahagian hadapan kedai terbabit ditutup dan dibersihkan pekerja-pekerja.

Menurut Haslinda, memandangkan air laut pasang besar ketika itu, pihaknya tidak dapat meletakkan meja dan kerusi di bawah pokok di pesisir Pantai Siring.

“Masa bossku (Najib) datang, air laut tengah pasang besar, jadi meja di bawah pokok kita tak boleh letak.

“Semua meja dan kedai kita terpaksa letak dalam kedai dan sebelah sungai berdekatan,” katanya.

Katanya lagi, ketika Najib tiba di Pasir Siring, pihaknya terpaksa bergegas membersihkan bahagian dalam kedai susulan bekas Perdana Menteri itu hadir lebih awal daripada jadual asal.

“Sementara kami susun meja itu, Datuk Seri Najib sedang beramah mesra dengan pelanggan-pelanggan akak yang duduk di sebelah sungai.

“Jadi apa yang ditularkan itu semua tak betul, semua fitn4h,” katanya lagi.

Berikut reaksi dari netizan

nie geng² marah x dpt kelua kwsp 10k one off . hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.