Hiburan

“Satu Kerja Aku Nak Basuh …” – Rita Rudaini S0und Rider Lagi. Kali Ni Pasal Air Mil0

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi berang dengan tindakan penghantar makanan yang meninggalkan minumannya dalam keadaan bocor dan tertumpah hingga ke lantai.

Tindakan itu disifakan Rita sebagai tidak bertanggungjawab terhadap rezeki sendiri dan pelanggan.
“Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ni, kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain!

“Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik je. Orang macam ni memang tak pernah ikhlas dengan diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain!” katanya.

Disebabkan sikap acuh tak acuh penghantar makanan terbabit, dia terpaksa membersihkan semula kesan air manis yang tumpah di lantai rumahnya.

“Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ni, dah pecah dah bocor sekurang-kurangnya kau bagitahulah. Ni kau blah je.

“Menjijih air milo sam pai ke depan sana kau bawa dengan motor pastu kau letak je tinggal je macam tu.

“Yang kau bawa ni re zeki orang ya, dan kau pun cari rezeki. Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang,” tegasnya.

Sebelum ini, Rita pernah ber depan situasi tidak bertanggungjawab penghantar makanan yang meninggalkan pesanannya di hadapan rumah berdekatan dengan tong sampah.

Rita Rudaini Kecewa ‘Rider’ Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah – ‘Tidak Ikhlas & Tak Bertanggungjawab…’

Mengulas lebih lanjut, Rita menyifatkan tindakan penghantar makanan tersebut adalah tidak ikhlas dan bertanggungjawab dengan amanah yang dipikul.

Benda makan, rezeki letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh. Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri.

Tidak berakhir di situ, pemilik nama Rita Rudaini binti Mokhtar juga mendakwa makanan yang dipesannya diletakkan di atas tempat buang sampah.

Makanan diletak atas tempat buang sampah pula tu. Saya bukan cakap semua, ada sesetengah hormat dengan makanan, pergi letak depan pintu/ tempat tertutup dan siap lapik lagi.

Terdahulu, Rita Rudaini mendedahkan namanya digugurkan daripada terlibat untuk penggambaran yang telah lama ‘lock’ selepas drama 100 episod.

Instastory penuh

Sumber: Rita Rudaini

Kredit:GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *