Hiburan

“Saya Perlu Lapor Diri Sebelum Keluar Dari Johor”-Mamat Tak Bebas, ini keadaan dia sekarang

Vokalis kumpulan Exists, Mamat mendedahkan yang pergerakannya masih dipantau Agensi Anti D4dah Kebangsaan (AADK) berikutan kes penyalahgunaan d4dah yang dialaminya pada 2019.

Menurut Mamat, dia perlu melaporkan diri dan mendapatkan kebenaran daripada agensi tersebut selama tempoh dua tahun.

“Bermula awal tahun ini, saya perlu melaporkan diri kepada AADK Johor Bahru jika mahu keluar kawasan untuk urusan kerja dan lain-lain.

“Selain itu, pada setiap sebulan, saya perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan agensi sebagai syarat dalam tempoh pemulihan.

“Saya tidak kisah mengikuti peraturan yang ditetapkan. Hal ini demi kebaikan saya juga dan saya juga tidak terasa terbeban dengan syarat ini,” katanya kepada Gempak.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 42, ditemui pada Majlis Pelancaran Album Live Exists Reunion di ibu kota sebentar tadi.

Bercakap mengenai konsert jelajah Exists yang bakal diadakan kelak, Mamat berkata, urusan perjalanan untuk latihan di Kuala Lumpur akan diuruskan oleh pihak penganjur.

Justeru, dia tidak berasa komitmen latihan menuju konsert sebagai masalah.

“Alhamdulillah, semua aktiviti yang membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh Shiraz Project. Saya pun tiada masalah berulang-alik demi kerja.

“Dalam pada itu, saya menjalankan perniagaan menjual makanan di kampung halaman. Jadi, memang kerap berulang-aliklah,” katanya lagi.

Ditanya pula mengenai desas-desus bakal menamatkan duda dalam masa terdekat, Mamat enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

“No comment,” tegasnya.

Exist ditemui pada sidang media Album Live Exists Reunion.

Terdahulu, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada pukul 11.30 malam kerana memiliki sejumlah d4dah jenis sy4bu.

Selepas menjayakan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019, Mamat menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *