Uncategorized

Treler bawa bot sangkut ‘highway’ Utara-Selatan tarik perhatian ramai

PETALING JAYA – Satu klip video memaparkan sebuah treler dengan membawa muatan bot tersangkut pada papan tanda di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seberang Jaya sehingga mengakibatkan aliran trafik sesak ke utara baru-baru ini.

Perkongsian @yatboyka yatmaz di laman TikTok menjadi tular apabila sebuah bot tersangkut di lebuh raya berkenaan.

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan kelihatan beberapa pasukan teknikal sedang membantu membuka bahagian atas bot tersebut bagi melepasi tahap ketinggian papan tanda.

Rata-rata, netizen terhibur dengan kejadian yang berlaku kerana ia kelihatan berbeza daripada kebiasaannya.

“Belayar di laut (tidak), belayar di larat (ya),” kata @angah_spotter

“Mungkin kapal ini ada makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, sebab tu perut buncit sampai tersangkut. Nasib baik pemandu tak bawa laju kalau tidak, habis runtuh papan tanda,” kata @N.Eawani

“Selalu jalan sini sesak sebab kes lori atau treler sangkut, kali ini ‘rare’ kapal yang sangkut,” @cpm_Fall

Tangkap layar daripada klip video itu memaparkan keadaan kapal tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *