Entertainment Hiburan

Dikecam Tayang Emas Penuh Di Lengan, Jari Depan Kaabah. Ini Penjelasan Ifa Raziah

Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah dikecam kerana memakai gelang dan cincin emas ketika mengerjakan ibadah umrah.

Tidak hanya berdiam diri, menerusi satu video di Instagram Ifa menyelar netizen yang mengecamnya serta mengatakan tiada masalah untuknya memakai emas untuk beribadah.

“Apa salahnya? Engkau dekat rumah tengok emak engkau, Pakai gelang emas tidak, solat? Sama kan? Engkau tengok nenek engkau solat, ada pakai gelang emas? Sama sahaja.

“Aku pergi ke sana pakai gelang emas, ini, siapa yang bagi? Allah yang bagi. Apa masalahnya aku solat, buat ibadah aku pakai ini? Aku nak tunjuk ‘Allah engkau bagi dekat aku Allah’.

“Aku tengok perempuan Arab semua pakai emas, tak ada masalah pun. Komen masyarakat Malaysia ini, otak dia, tak betullah. Kurang waraslah. Dalam Islam pun, apa masalah pakai emas. Lelaki tak boleh pakai emas, sutera. Perempuan boleh pakai emas,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa turut menegaskan dia ada merujuk pakar agama tentang perkara tersebut dimana ibadah tidak terbatal kerana memakai emas.

“Beliau katakan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita yang memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.

“Malahan ibadah yang dilakukan tidak terbatal hanya kerana memakai emas. Yang paling penting ia bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui,” katanya.

BYE BYE 2021

MISS DIVA TELAH BELAJAR UNTUK TIDAK MEMPERCAYAI ORANG DENGAN MUDAH..SIFAT YANG MUDAH MEMAAFKAN DAN TERBUKA INI KADANGKALA SELALU MENGUNDANGKAN MUSIBAH…MISS DIVA HANYA MENGEKALKAN HANYA MEREKA YANG SETIA & HORMATI PRINSIP HIDUP MISS DIVA YANG AKAN KEKAL DISISI MISS DIVA SELAMANYA

MISS DIVA TELAH BELAJAR BAHAWA TIDAK MENGAPA MENGUTAMAKAN DIRI SENDIRI DARI ORANG LAIN KERANA DIRIKU SANGAT BERHARGA, HEBAT & BERKEYAKINAN DAN BERHAK BERGEMBIRA SEHINGGA AKHIR HAYATKU..

MISS DIVA BELAJAR UNTUK PERCAYA KEPADA DIRI SENDIRI DAN MAMPU UNTUK MELAKUKAN BANYAK LAGI PERKARA HEBAT YANG SEDANG MENANTI MISS DIVA.. INSYALLAH MISS DIVA AKAN BERUSAHA UNTUK MENCAPAI SEGALA IMPIAN DAN SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN PADA 2022

HAPPY NEW YEAR 2022

FOUNDER SERIFA BEAUTY

Antara Reaksi Orang Ramai

Sekadar info, juga dikenali sebagai Miss Diva beliau ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara dan penghibur televisyen dari Malaysia. Ifa dikenali sebagai Diva Dangdut Malaysia kerana populariti lagu.

Beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan. Di samping itu, beliau juga turut sinonim dengan moto Sukerr Banggee dan Pukpukpukk.

Sepanjang lebih 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanahair, beliau telah berjaya mencatat sejarah kerana merupakan selebriti yang pertama menjulang trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori baru iaitu Artis Versatil Popular di ABPBH29 serta berjaya mengulangi semula kejayaan kemenangan bagi kategori tersebut di ABPBH3.0 sekaligus menjadikan Ifa sebagai selebriti dua kali berturut-turut yang memenangi kategori itu.

SUMBER CARI FORUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *