Entertainment

“Doktor beritahu degupan jantung dah terhenti..” Kehilangan Sebelum Sambutan Hari Raya, Takziah Datin Elvina

KHABAR duka daripada pelakon Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung bayi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.

“Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini (Selasa),” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sedih kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, pelakon drama Seadanya Aku ini reda dengan apa yang berlaku.

Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah

“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.

“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” jelasnya.

Sementara itu, suami Elvina iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan memberitahu keguguran berlaku bukan disebabkan aktres itu terlalu aktif bekerja.

Haniff menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

Elvina bersama suami dan anak sulung mereka.

“Doktor maklumkan punca keguguran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi.

“Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami,” ujarnya.

Untuk rekod Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3.

Biodata Elvina Mohamad, Pelakon Drama Demi Rindumu

Nama Datin Norzalina Mohamad atau nama komersialnya, Elvina Mohamad bukanlah asing lagi dalam lapangan seni lakonan.

Beliau pernah meledak menerusi drama rantaian Cinta Si Wedding Planner, Shhh… I Love You, dan Jojie Gigil.

Terkini, pelakon yang sudah bergelar ibu ini bakal membintangi drama bersiri terbaharu di slot Megadrama berjudul ‘Demi Rindumu’ yang menampilkan pasangan pelakon Janna Nick dan Sean Lee sebagai teraju utama.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Norzalina binti Mohamad. Menggunakan ‘Evina Mohamad’ sebagai nama komersial. Juga mesra disapa Elvina Teylv dan Elvina Dayana.

2. Lahir pada 25 Januari 1995 di Teluk Intan, Perak. Kini berusia 24 tahun.

3. Anak kepada pasangan Mohamad Ibrahim (bapa) dan Mariah Husin (ibu) yang juga merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.

4. Berdarah campuran Siam dan Melayu.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2014.

8. Namanya melonjak selepas membintangi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh… I Love You, dan Jojie Gigil.

9. Lain-lain drama lakonannya seperti Baby Ana Milik Siapa, Mariam Alisa, Suamiku Paling Sweet, Isteri Untuk Diiktiraf dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

10. Termasuk telefilem Bella Mencari Cinta, Bening Cahaya Maulid, Kung Fu Kaw, Imamkan Aku dan Muara.

11. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Mat Moto Otai dan Zombitopia.

12. Mendirikan rumah tangga dengan usahawan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 sebelum menerima kelahiran anak lelaki dinamakan ‘Karl Mateen’ pada 30 November 2018.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.