Entertainment

Isteri dituduh cuba dekati Norman Hakim, ini reaksi steady suami Abby Abadi

ENGGAN cepat melatah, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria menganggap hubungan antara isterinya dengan bekas suami iaitu Norman Hakim tidak melampaui batas.

Faizal atau mesra disapa Jai berkata, dia juga tidak pernah berasa cemburu dengan keakraban hubungan kedua-duanya.

“Kami yang berada dalam circle ini tahu apa yang berlaku. Jika ada gurauan antara Abby dan Norman, itu adalah perkara normal. Saya juga tidak pernah rasa cemburu.

“Orang yang memberi komen itu hanya mahukan perhatian. Saya dan Abby hanya tersenyum apabila membacanya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jai diminta mengulas tentang komen jahat netizen yang menuduh Abby cuba mendekati Norman semula gara-gara memuat naik foto menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.

Dalam pada itu, Jai berkata, dia dan isteri tidak mengambil serius tentang komen negatif netizen kerana mereka lebih memberi fokus terhadap masa depan anak-anak.

Keluarga besar Norman Hakim.

Bagi Jai, baik Abby dan Norman, masing-masing kini sudah mempunyai kehidupan peribadi sendiri dan bahagia bersama keluarga mereka.

“Jika nak fikirkan masalah komen netizen ini secara serius, masalah tidak akan selesai. Jadi biarkanlah mereka nak bercakap. Bukan senang nak tutup mulut semua orang.

“Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak,” ujarnya.

Sementara itu, Jai berkata, dia menyokong hubungan baik antara Abby dan Norman demi kepentingan anak-anak mereka.

Abby dan Norman sudah lama berpisah. Lebih baik sekarang ini kita semua beri fokus kepada masa depan anak-anak

“Saya tidak mahu Abby dan Norman bermasam muka disebabkan perceraian mereka kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. Kalau boleh jangan ada sikap benci dalam diri anak-anak.

“Dalam rumah tangga kami memang tiada rahsia. Abby akan beritahu jika mahu keluar bersama Norman dan Memey. Saya tidak ada masalah kalau mereka meluangkan waktu bersama. Kami juga selalu pergi bercuti sama,” jelasnya.

Hubungan rapat Abby dan Norman menjadi pertikaian netizen sehingga ada yang menganggap kedua-dua mereka masih menyimpan perasaan meskipun sudah lama berpisah.

Abby juga rapat dengan Memey.

Norman Hakim dipuji tak lupa nafkah bekas isteri

Keakraban antara pelakon Norman Hakim, atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon bersama bekas isterinya, Abby Abadi sering menjadi perhatian ramai di media sosial.

Namun, bukan Norman sahaja, Abby dan isteri Norman, Memey Suhaiza turut dikatakan seperti kembar kerana mereka sangat rapat bagai ‘isi dengan kuku’.

Tahun lalu, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi memuat naik sebuah video di laman sosial Instagram miliknya, mempamerkan suami sedang mengira duit bagi memberi nafkah bulanan untuk dirinya dan Abby.

Walaupun Abby merupakan bekas isterinya, namun aktor drama The Maid itu tetap tidak lupa untuk menunaikan amanahnya memandangkan tiga orang anak mereka tinggal bersama Abby.

” Tengok orang lelaki. Besar tanggungjawab. Bayangkan kalau ‘lagi ramai’. Lagi besar tanggungan. Jadi, pengajarannya hargailah seadanya.

” Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki semua ketua keluarga, suami, bapa dalam usaha menjaga tanggungjawab dan amanahnya,” tulis Memey di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Memey sempat menulis agar para lelaki memahami tanggungjawab besar yang dipikul mereka sebagai seorang ketua keluarga. Lagi ramai, lagi banyaklah tanggungannya.

Sementara itu, dia turut mendoakan semua kaum lelaki bergelar suami dan bapa diberikan rezeki yang cukup dalam usaha menjaga amanah dan tanggungjawab terhadap keluarga mereka.

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan keduanya, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Abby pula bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercrai selepas 11 bulan berumah tangga.

Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan bahagia sehingga kini.

Sumber:utusan dan mediahiburan

Untuk rekod Abby dan Norman 2002 tetapi bercerai pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17, dan Danisha Hakim, 14.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Jai pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.

Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published.