Amalan

Isu video tular mirip penasihat agama Majlis Raja-Raja: Ini Reaksi MB Perak Bila Tonton Video Itu

IPOH: Belum ada maklumat sahih berhubung isu video tular yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau sendiri ada menonton video berkenaan, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat rasmi mengenai perkara tersebut.

“Saya tiada maklumat sahih tentang itu (video tular) sebab saya pun tengok juga video itu, tetapi tidak nampak macam betul ke rupa dia (penasihat Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam).

“Saya tidak berani hendak komen sebab tiada satu maklumat sahih. Saya juga ada membaca blog dan tengok apa yang disampaikan individu bernama Zaharin Mohd Yasin.

“Tak cantiklah kalau saya membuat komen benda yang saya tiada maklumat sah. Saya tidak mahu jadi pemanjang cerita-cerita tak pasti. Saya juga tengok lelaki yang pakai topi tetapi tak pasti sama ada itu dia,” katanya.

Saarani yang juga memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri berkata demikian sebagai mengulas isu video berkenaan yang kini tular di media sosial.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yassin telah memuat naik tangkapan layar daripada video berdurasi 3 minit 24 saat itu pada 2 Mei lalu.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yassin telah memuat naik tangkapan layar daripada video berdurasi 3 minit 24 saat itu pada 2 Mei lalu. – Foto tangkapan layar media sosial

Video tersebut memaparkan visual dari sudut tepi imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita di kiri dan kanan beliau.

Lelaki itu kelihatan beraksi seperti sedang mengetuk dram (angin) dengan muzik latar yang kuat.

Sementara itu, pemegang akaun Twitter @FaktaBukanAuta pula menulis; “Tahukah anda sedang trending di media sosial penasihat agama kepada Sultan Perak, penasihat hal ehwal Islam kepada Majlis Raja-Raja, & ahli Majlis Halal Malaysia, mengetuk drum angin di sebuah club”.

Ulasan Dr MAZA Terhadap Kenyataan ZMY Tentang Dirinya Dan Dr Afifi

Berikut reaksi dari netizan

“Saya hormati Dr.MAZA. Tetapi dlm isu ini saya antara org yg tidak bersetuju dgn langkah berdiam diri yg Dr.MAZA ambil. Kerana hal peribadi ini secara tak langsung terlibat dgn jawatan yg dipegang, bukan kecil jawatan, ia memberi keresahan pada umat. Hal hala tuju agama dipegang oleh org yg tidak bermoral. Jikalau dia tak pegang apa2 jawatan tinggi dlm urusan agama saya tak kisah dan saya tak nak ambil tahu hal peribadi dia seperti yg Dr.MAZA jelaskan. Tetapi ini adalah sesuatu yg tak boleh didiamkan, kami rakyat bawahan yg jahil ni dah hancur hati dgn perihal sesetengah penguasa agama. Buatlah sesuatu, dgn segera.” komen Raja Mohd

“Pada pandangan saya sekurang²nya Dr. Maza perlu buat pernyataan simple meminta Majlis Raja² siasat perkara ini secara serius kerana Dr. Afifi sedang berada dalam fitnah kepada institusi tertinggi agama Islam di Malaysia. Jika tidak benar bersihkan Dr. Afifi, jika benar turunkan.” komen Azhar 

Terdahulu, salah seorang pemimpin parti politik ada memuat naik gambar Dr Afifi bersama dengan Dr Maza

“Ini bukan Photo yang di edit. Ini pemuka Islam yang hebat di Malaysia. Yang baju batik seorang wakil rakyat. Seorang yang saya kenal.

2. Yang tengah itu, serbannya masalah punya besar. Tapi jika masuk Zeta Bar, dia pakai topi. Kata Ustaz Husam Badlishah dia sebarkan risalah.

3. Yang berbaju batik merah jambu itu, seorang Mufti. Banyak menulis dalam media soal agama.

4. Tetapi dalam isu panas kisah seorang penasihat agama, bukan sahaja berada Zeta Bar juga di damping wanita di tempat hiburan, juga kelakuan jelik minta di carikan pelacur.

Dia boleh membisu.. sebab dia ‘sahabat baik saya’. Itulah ulama yang kita ada. -zmy

kredit: astro awani

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published.