Hiburan

Lelaki ambil nasi ganja masa PKP guna helikopter dihadapkan ke mahkamah. Rupanya jawatan dia bukan biasa2

Ipoh: Juruterbang bergelar datuk yang mendaratkan helikopter di Padang Ipoh untuk membeli 36 bungkus nasi ganja pada Julai tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melanggar kaedah-kaedah udara penerbangan awam.

Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga pengarah urusan syarikat didapati melanggar Kaedah-kaedah Udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam di dalam “Civil Aviation Directive 2- Rules of the Air” di bawah bab tiga iaitu tidak mematuhi “Flight Plan” (pelan penerbangan) yang dikemukakan.

Ia adalah satu kesalahan apabila tertuduh membuat pendaratan pesawat jenis Bell 505 bernombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi selain dari aerodrome yang dinyatakan dalam pelan penerbangan iaitu ketika dia mendaratkan pesawat itu di kawasan Padang Ipoh, Jalan Tun Sambanthan di sini antara jam 9.50 hingga 10 pagi 23 Julai tahun lalu.

Terdahulu sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh, untuk mengambil tempahan 36 bungkus nasi kandar daripada sebuah restoran terkemuka di Ipoh yang juga dikenali sebagai nasi ganja,

Kesalahan itu dibaca mengikut Peraturan 77(2) Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 206(3)(a) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jane Sharmila Jesudason manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini orang ramai terkejut dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, pada hari kejadian untuk mengambil tempahan nasi kandar daripada sebuah restoran terkemuka di bandar raya ini.

Terdapat dua individu dalam helikopter berkenaan ditugaskan untuk mengambil tempahan 36 bungkus nasi kandar yang dikenali sebagai nasi ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur.

Seorang jurucakap restoran nasi ganja yang enggan namanya dikenali mengesahkan ada menerima 36 bungkusan nasi berlauk ayam, daging dan telur masin daripada pelanggan di Kuala Lumpur.

kredit: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.