Uncategorized

Isteri masih tr4uma tgk anak hampir dilarikan wanita warga asing di Genting Highland. Bila tanya, jawapan di beri memang tak munasabah

TULAR rakaman video di aplikasi TikTok memperlihatkan cubaan dua wanita warga asing melarikan seorang kanak-kanak di Genting Highland, baru-baru ini.

Kata bapa kepada kanak-kanak tersebut iaitu Ahmad Jafrullail Ahmad Zafrullah, 33, wanita berkenaan mengakui terlalu merindukan anaknya sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa.

“Semasa itu wanita Indonesia itu beritahu wanita dari Pakistan buat begitu sebab rindukan anaknya.

“Pada saya alasan tu memang tidak boleh diterima sebab itu saya buat keputusan untuk mencari kembali dua orang wanita tersebut untuk menyerang mereka.

“Tapi tak tahulah… mungkin terfikir waktu itu untuk saya minta bantuan daripada polis bantuan,” katanya kepada mStar.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 18 September lalu di Genting Highland Indoor Theme Park.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Dakwaan culik kanak-kanak di Genting Highlands, polis Bentong mulakan siasatan

Polis sedang menyiasat penularan sebuah video dari akaun Tik Tok milik ‘@alfitry_azimi52’ yang mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik seorang wanita warga asing semalam di pusat peranginan Genting Highlands di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis sehingga kini belum menerima laporan dari pihak yang terlibat dengan kejadian dakwaan culik tersebut.

“Bagaimanapun, pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis semalam pukul 8.16 malam berhubung video yang dimuat naik di Facebook ‘daily traffic report’ tentang kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan terus melakukan siasatan serta menghubungi pemilik akaun Tik Tok itu untuk maklumat lanjut berkaitan kejadian.

“Saya memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian ini. Beri ruang dan masa kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lebih lanjut,” ujarnya.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.