Uncategorized

Ahli Parlimen Terjerit Terlolong Buat Ramai Kurang Senang

#TabungEkonomi

AHLI PARLIMEN TERJERIT TERLOLONG!

1. Semalam menyaksikan ahli parlimen yang dipilih rakyat masuk parlimen terjerit terlolong macam ungka dapat bunga cemara.

2. Mereka menjerit bukan soal rakyat yang dilanda banjir atau tertimbus di Batang Kali, tetapi soal hak dan keistimewaan yang mereka tak dapat.

3. Kita semakin ketinggalan dari segi ekonomi, jangan bandinglah. Dengan tetangga kita sebelah sahaja kita patut malu jalan tutup muka kemana mana.

4. Banjir saban tahun berlaku, apa tindakan kita tangani banjir ini? Apakah berserah pada takdir atau dalam diam diam kita sedang salahkan takdir? atau pun kita yang salah tadbir?

5. Tokyo pada tahun 1947 ketika Taufan Kathleen melanda dan banjir besar terjadi mengorbankan 1,100 nyawa. Mereka mula merangcang dan bina fasaliti Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel (MAOUDC) alihkan banjir jika berlaku lagi.

6. Hingga kini tiada lagi banjir besar berlaku, itu tahun 1947, kita hidup di tahun 2023 beberapa hari lagi! . Apakah kita salah tadbir negeri ini atau kita sedang salahkan takdir? (lagi sekali)

7. Peminat politik, YB, YB mohon hentikanlah budaya berpolitik mulai saat ini. Pilihanraya telah berakhir, hentikan usaha nak jatuhkan kerajaan, hentikan budaya asik saman menyaman. Hentikan. Rakyat mahu usaha kedepan, kami jadi penat perangai macam ungka mendapat bunga ini.

8. Menteri Indonesia semalam mula sediakan stok beras untuk penduduknya semalam. Mereka beli dan buat stok simpanan untuk gudang makanan negara mereka. Mereka kawal agar beras kekal murah menjelang krisis ekonomi dan makanan tahun depan.

9. Kita telur ayam yang hilang dah hampir sebulan jadi menteri belum ada penyelesaian. Indahnya dunia ini.

10. Cukup cukuplah berpolitik, berhenti saling salahkan sesiapa dan binalah negara ini dengan baik dan sejahtera. Kita semua salah, akui kesalahan dan jalan terus kedepan. Tiada lagi usaha tebuk atap dan lubang dijalanan.

Azizul Azli Ahmad
Cintakan Kedamaian

#Nilai duit mula stagnant sahaja tidak banyak berubah sebenarnya. Keadaan Bursa juga masih sama .

Sany Diberi Amaran Selepas Ganggu Sidang Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan, diberi amaran selepas mengeluarkan perkataan kasar termasuk menyebut ‘beruk

p/s:Dah nak masuk 2023 pun masih ada Ahli Parlimen macam Hulu Langat ni.

Sany Hamzan awak tu dah masuk Dewan Rakyat. Tak payah bawak perangai macam dalam DUN, terpekik – pekik, gelar – menggelar.

Kalau tak hormat speaker pun, hormatlah dewan yang mulia tu. Malu lah sikit setiap apa yang kau pekik tu bukan saja masuk hansard tapi satu Malaysia pun tengok.

Tak kelakar pun tengok gelagat awak tu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *