PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 27 timbalan menteri yang akan membantunya dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.
Pelantikan itu merangkumi wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).
Anwar mengehadkan hanya satu timbalan menteri untuk setiap kementerian bagi kabinet kecilnya, kecuali bagi Kementerian Kewangan manakala tiada Timbalan Menteri Agama yang dilantik.
Mereka akan menangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada jam tiga petang esok.
Senarai Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kewangan – Datuk Seri Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan – Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Hasbi Habibollah
Timbalan Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Luar Negeri – Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Belia Sukan – Adam Adli
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Akmal Nasrullah
Timbalan Menteri Pertahanan – Adly Zahari
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi – Datuk Seri Arthur joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat- Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Lew Chin Tong
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital – Teo Ni Ching
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi – Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi – Mohd Yusof Apdal
Timbalan Menteri Pertaniandan Keterjaminan Makanan – Chan Foong Hin
Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi – Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Datuk Hwang Tiong Si
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Saraswathy Kandasamy

‘Surat rasmi perlucutan keahlian dihantar hari ini’ – Ahmad Maslan
Dalam perkembangan lain, Umno hari ini mengesahkan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa antara tiga pemimpin parti itu yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, malam tadi.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, MKT Umno menerusi fasal 10.6 Perlembagaan parti mempunyai hak untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya.
Katanya, ia termasuk jika seseorang ahli Umno itu terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli.
“Dua lagi ahli Umno yang dilucutkan keahlian mereka ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita Umno Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim, yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
“Pemecatan mereka berkuat kuasa serta-merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Khatan Perdana Masjid Kampung Jawa Ulu, di sini, hari ini.
Pagi tadi, media yang memetik sumber melaporkan Annuar, Shamsiah dan Fatimah antara tiga pemimpin Umno yang dipecat keahliannya selepas diputuskan Mesyuarat MKT parti malam tadi.
Shamsiah dan Fatimah bulan lalu dilaporkan digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Sementara, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, hal pemecatan itu dilaporkan dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn di sini, selepas mesyuarat selesai.