Uncategorized

Anak Najib Buat Satu Permintaan Kepada PM Anwar “Sangat penting bagi ayah saya”

Anak Najib Razak, Nooryana Najwa meminta kerajaan membenarkan prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan mahkamah membabitkan bapanya pada 19 Januari depan, disiarkan secara langsung.

Nooryana berkata bapanya sejak dari awal meminta perkara itu agar orang ramai faham apa yang berlaku di dalam mahkamah.

“Semakan kehakiman kes SRC yang akan bermula pada 19 Januari 2023 adalah sangat penting bagi ayah saya dan dia bakal dibebaskan sekiranya menang.

“Saya berpendapat kerajaan Anwar Ibrahim patut lebih terbuka dan bertindak telus dengan memberi kebenaran bagi perbicaraan ini disiarkan secara langsung melalui ‘online streaming’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Nooryana turut bertanyakan pendapat orang ramai apakah setuju jika prosiding itu disiarkan secara langsung.

Permintaan itu walaupun pihak mahkamah sebelum ini telah menjelaskan perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung mahupun dirakam oleh mana-mana media.

Astro Awani pada 1 April 2019 melaporkan kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berhubung perkara itu, susulan pelancaran petisyen dalam talian bagi meminta perbicaraan kes SRC Najib disiarkan secara langsung di televisyen.

Najib kini menjalani hukuman di Kompleks Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, Mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Semakan kehakiman kes SRC akan didengar pada 19, 20 dan 26 Januari depan.

Selain itu, Najib juga masih berdepan empat perbicaraan jenayah iaitu kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB, kes pecah amanah jenayah International Petroleum Investment Company (IPIC) melibatkan RM6.6 bilion, kes pinda laporan audit 1MDB dan kes pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta dari SRC.

Najib akan kembali ke pangkuan keluarga jika menang pada Januari depan – Yana

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan akan kembali ke pangkuan keluarga sekiranya beliau menang terhadap kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Pendedahan itu dibuat oleh anak perempuannya, Nooryana Najwa di mana dia yakin bapanya akan dibebaskan tidak lama lagi menerusi hantaran di laman Instagram.

Sepertimana dijanjikan Nooryana untuk mengembalikan Najib Razak ke pangkuan keluarga sewaktu bapanya dijatuhi hukuman penjara, dia boleh meluahkan sedikit kelegaan apabila impian itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

“Perjuangan #justice4dsn tidak pernah berakhir. Kita masih ada satu lagi peluang. Jadi, kita simpan ‘parut’ lama, jahit semula luka dengan kemas dan bangkit berdiri atas perjuangan ini kembali.
“Semakan kes kehakiman SRC akan bermula 19 Januari 2023. All hands on deck untuk memastikan DSN (Najib) akan mendapat keadilan kali ini. Jika DSN menang pada bulan Januari, he will be free to come back to us,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nooryana turut menyertakan beberapa perkara yang menafikan hak Najib untuk mendapatkan proses perbicaraan yang adil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *