Amalan

Anwar Mahu Syed Mokhtar, Bernas ‘Henti Hisap D4rah’ Pesawah Miskin. Tapi Tak Ramai Tahu Kebaikan Tan Sri Syed Bukhari Selama Ini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan gesaan yang pernah disuarakannya enam bulan lalu, iaitu agar Padiberas Nasional Bhd (Bernas) berkongsi keuntungan dengan pesawah miskin di negara ini.

Dalam sidang media hari ini, Anwar berkata dia telah “menegur” pemilik Bernas – hartawan Syed Mokhtar Al-Bukhary – berhubung monopoli import beras oleh Bernas, dan syarikat itu akan membuat pembayaran kepada pesawah.

“Kita tak boleh bebankan seorang (iaitu) Syed Mokhtar sehingga kita dapat teliti sama dan keuntungan dan pulangan dia berpatutan.

“(Tetapi) saya gesa untuk dia lakukan sesuatu dengan segera, dan dia akan peruntukkan RM10 juta kepada pesawah padi miskin, bulan ini juga.

Pesawah akan terima RM60 juta

“Mulai tahun depan, (peruntukan kepada pesawah miskin) RM50 juta dari Bernas,” katanya.

Syed Mokhtar memiliki 92 peratus saham Bernas yang dibelinya daripada Shahidan Kassim dan ahli perniagaan Tan Boon Seng pada 2014.

Anwar berkata dia memahami Syed Mokhtar mungkin masih ada baki pembayaran untuk dibuat berkaitan pembelian pegangan itu, pada masa sama menegaskan kerajaan tidak akan benarkan “pembolotan kekayaan” oleh ahli politik dan kalangan yang dekat dengan mereka dengan “menghisap darah pesawah padi yang miskin”.

“Ini yang kita katakan tata kelola (governance), bukan slogan Melayu dan Islam (sahaja) tetapi pelaksanaan (dasar),” katanya lagi.

Berkenaan kekurangan bekalan telur, Anwar berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan langkah untuk menjamin bekalan mencukupi dengan harga lebih rendah, esok.

Katanya, ia dilakukan dengan mengurangkan kebergantungan terhadap “kartel”.

KEBAIKAN TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY YANG TIDAK DIDENDANG

Mari kita ikuti kisah yang diceritakan pegawai khas BERNAS mengenai kisah tokoh jutawan di Malaysia ini
(Baca sampai habis)

Ramai tak kenal TS Syed Mokhtar.

Dan saya tahu, dia tak suka kebaikannya diceritakan.

Baginya, biarlah “No Profile”.

Tapi sebagai Muslim dan rakyat Malaysia, saya rasa bersalah sangat kalau tak cerita.

Anggaplah ini juga usaha kecil saya, dan ini bukan kenyataan bersifat politik atau apa-apa.

Keuntungan Import Beras pada tahun 2021 hanyalah RM7 juta. Maka apabila diminta RM50 juta, saya sedih sangat, kerana anda pun boleh berfikir.

Tahun 2020-2021 inilah, Malaysia berjaya menghadapi ketidakstabilan pasaran beras dunia.

Kita sebagai pengguna tak rasa apa-apa kan sewaktu COVID-19? Kerana ada negarawan dan mereka yang membanting tulang untuk pastikan kelansungan makanan asasi ini.

Kos “Freight” keterlaluan semasa COVID, sangat!

Namun, harga beras di negara kita tidak meningkat.

Beras cukup dalam negara hasil stockpile dan perancangan awal dibuat.

Tidak berlaku isu kenaikan harga melampau dan barang tak cukup seperti telur dan ayam.

Pada tahun 2009, syarikat pelaburan dari Hong Kong iaitu Wang Tak Co Ltd telah berjaya membeli 31.5% pegangan saham syarikat Import Beras ini melalui Bursa Malaysia.

Negarawan inilah yang telah membeli balik aset kepentingan negara, kembali kepada rakyat Malaysia.

Dari untung yang kecil ini juga, Tan Sri telah membelanjakan RM2 juta sebulan bagi hampir 20,000 pelajar B40 seluruh negara melalui program bantuan makanan tengah hari bernilai RM6 seorang.

Lokasi sekolah-sekolah yang terpilih ini semuanya mempunyai paling kurang 90% pelajar dari keluarga B40. Dan semua sekolah ini di kawasan bendang-bendang sawah.

Kebaikan terus kepada keluarga pesawah.

Kebaikan tak lansung dari sudut ekonomi kepada kantin-kantin yang menyediakan makanan ini. “Circulation of money to improve local economy”

Cukuplah menjadi rujukan bagi mereka yang ingin mengetahui sebuah hakikat seorang negarawan.

Saya bukan ingin memuji, tetapi beliaulah Abdul Rahman Bin Auf bagi negara ini.

Tidak patut kita keji sedangkan pahalanya jauh lebih banyak dari kita. Selamat beramal.

Itu belum cerita lagi Universiti Albukhary di Alor Setar yang diasaskan oleh TS Syed Mokhtar, pembelajaran secara percuma buat golongan miskin terutama bangsa kita dan umat Islam di negara lain.

Roti Gardenia yang kita makan, halal toyyiban, berebut rebut hendak dibeli, milikan seorang muslim demi jaga darah daging dari sumber makanan yang tidak syubhah.

Jasa yang tidak didendang.

Reaksi netizan

“Syed Mokhtar saja yang tinggal sebagai Billionaire Melayu dalam list. Itupun nak dikacau? Yang monopoli minyak bila nak kacau?”

“sy anatara penerima pakej tuisyen al bukhary utk spm tahun 2002…terima kasih Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary”

“sy slalu ikuti perkembangan TS Syed Mokhtar…sangat teringin bertemu beliau bersembang tentang kehidupan beliau…tersangatlah hebat di mata sy….insyallah Allah akan balas semua jasa nya di sana kelak”

Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Malaysia sememangnya telah melahirkan ramai usahawan dan jutawan berjaya. Pernahkah anda mengenali Tan Sri Mokhtar Al Bukhary?

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah antara jutawan Melayu yang berjaya dan telah memiliki aset sekitar RM167 billion dan memiliki yayasan serta universiti miliknya sendiri.

Bagi anda yang baru sahaja mengenali Tan Sri Mokhtar Al Bukhary, nama tersebut sememangnya terkenal di seluruh Malaysia dan luar negara. Beliau telah membantu pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai jenis kepentingan dari segi pendidikan, hartanah, pengangkutan dan sebagainya. Kali ini, kami akan kongsikan biodata dan sumbangannya kepada anda semua.

Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Albukhary dilahirkan di negeri Kedah dan keluarganya pula berasal daripada Yemen sebelum menetap di negeri Kedah. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya merupakan seorang peniaga yang mengembara hingga ke Asia Tengah dalam menjalankan perniagaannya. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan anak yang ketiga daripada tujuh orang adik beradik.

Pada zaman kecilnya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Apa yang sangat memilukan, rumahnya yang terletak di Kampung Hutan Keriang pada ketika itu tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Disebabkan keadaan ini, amat sukar untuk beliau menelaah pelajarannya.

Disebabkan oleh latar belakang keluarganya yang miskin, beliau terpaksa bekerja dalam kehidupan awal beliau dan pada masa yang sama bersekolah seperti biasa. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pernah membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan.

Selepas berjaya dengan penternakan lembu, beliau telah berjaya menceburi pelbagai perniagaan lain yang telah memberikan banyak sumbangan kepada negara kita.

Sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sememangnya terkenal dengan sumbangannya kepada masyarakat kita. Sumbangan pertama yang dilakukan oleh beliau adalah menubuhkan Syarikat Pengangkutan Sentosa dalam pengangkutan perniagaan beras. Beliau juga telah memenangi kontrak untuk membekalkan makanan kepada pihak ketenteraan di negara kita.

Selain itu, beliau juga diberi peluang untuk membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Berkat usahanya, beliau telah menarik pelabur industri perkapalan untuk berlabuh di Malaysia menerusi syarikat MMC Corporation. Oleh sebab itu, beliau telah mendapat sokongan ahli politik untuk terlibat dalam beberapa aktiviti penswastaan seperti Lembaga Pembangunan Tanah Johor Tenggara (KEJORA) dan Johor Port Berhad.

Dalam aktiviti kerja amal pula, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah menubuhkan Yayasan Al Bukhary. Dalam yayasan ini, ramai individu yang tidak berkemampuan telah dibantu oleh beliau dari segi pendidikan, kebajikan dan juga perubatan. Jangan terkejut kerana Yayasan Al Bukhary juga turut mempunyai masjidnya yang terletak di Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, tidak hairanlah mengapa Tan Sri Syed Mohktar Al Bukhary telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 dan terus menjadi inspirasi kepada golongan muda di luar sana khususnya usahawan-usahawan.

Jasa yang disumbangkan olehnya juga sangat besar dan memberi kesan yang positif khusunya kepada masyarakat di dalam dan luar negara dalam segala aspek. Oleh itu, apabila terdengar tentang ‘Yayasan Al Bukhary’ ingatlah akan kejayaan seorang insan yang awal hidupnya sangat susah, kini telah berjaya atas hasil usahanya sendiri.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *