Uncategorized

Anwar S4man MB Kedah. Ini Reaksi Padu Sanusi, Memang ‘Deep’

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan pilihan raya dalam kempen ceramah Menteri Besar Kedah itu pada 13 November lalu yang didakwa berunsur fitnah.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) selaku plaintif memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah itu pada Selasa melalui firma guamannya, SN Nair & Partners dengan menamakan Muhammad Sanusi sebagai defendan tunggal.

Semasa kempen Jelajah Perikatan Nasional (PN) ‘Best’ Tambun sebagai menyokong Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga calon PN bagi kerusi Tambun, Anwar berkata, Muhammad Sanusi telah membuat ucapan berbaur fitnah.

Beliau berkata, kenyataan Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook bawah nama Faizal Azumu.

Katanya, setakat tarikh pemfailan tindakan ini diambil, ia telah mendapat lebih 88,000 tontonan dengan 531 reaksi, 58 perkongsian dan 384 komen.

“Keesokan hari, kenyataan lisan memfitnah itu dipetik oleh sebuah portal berita bertajuk ‘Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang Pas kata kena pikiaq’ bertarikh 14.11.2022, dalam bahasa Malaysia dan Inggeris,” katanya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, kenyataan defendan merujuk kepada plaintif sebagai seorang yang akan dikuburkan di Tambun.

Katanya, ucapan itu turut merujuk kepada plaintif sebagai seorang yang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:
Tujuh lelaki ditahan disyaki terlibat kes samun warga asing
Mahkamah ketepi perintah larangan hantar pulang 114 pelarian
Mayat warga Nigeria ditemui dalam bilik

Malah katanya, ia merujuk kepadanya sebagai seorang yang telah disabitkan dengan dua kes liwat yang mana defendan tidak percaya adalah satu konspirasi.

“Defendan juga merujuk kepada tiada mesyuarat Lembaga Pengampunan dan pengampunan saya adalah tidak teratur kerana ia tidak mematuhi prosedur, formaliti dan boleh dicabar, selain menyindir bahawa secara efektifnya, saya tidak diampunkan,” katanya.

Susulan itu, Anwar menegaskan bahawa kenyataan itu mengandungi perkataan-perkataan fitnah, palsu dan memperlekehkannya.

“Menerusi apa juga konteks, ia telah membawa maksud bahawa saya telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan politik untuk mendapatkan Pengampunan Diraja.

“Perkataan itu turut menggambarkan saya seorang pendusta, pembohong dan seorang yang tidak boleh dipercayai selain bertindak secara tidak jujur,” katanya.

Katanya, tuduhan defendan adalah tidak berasas dengan menggambarkan plaintif sebagai bekas banduan yang mana Pengampunan Dirajanya adalah tidak teratur atau dianggap tidak diampunkan sama sekali.

Menurutnya, perkataan itu turut merujuk kepada plaintif sebagai seorang yang tidak beretika, mengkhianati mandat rakyat, tidak berprinsip, korup, hipokrit dan munafik.

Sedangkan beliau berkata, tuduhan defendan adalah fitnah, melampau, keji, bermuka-muka, palsu dan tidak berasas.

Ini kerana Anwar berkata, imejnya sangat disanjungi di peringkat antarabangsa dan negara malah penyokong teguh kedaulatan undang-undang.

Oleh itu beliau berkata, fitnah tersebut telah memudaratkan imej dan reputasinya sebagai Presiden PKR, Pengerusi PH, Ahli Parlimen Tambun dan kini sebagai Perdana Menteri ke-10 serta Menteri Kewangan.

“Defendan sengaja dan berniat jahat membuat fitnah dengan tujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi dan niat jahat terhadap saya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu.

“Beliau memutarbelitkan kebenaran dan menyebarkan kepalsuan dengan Pengampunan Diraja yang diberikan kepada saya secara sah pada tahun 2018.

“Juga dilihat sengaja dan berniat jahat menghina kuasa dan peruntukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta mencabar keputusan Pengampunan Penuh Diraja yang sah di sisi undang-undang,” katanya.

Ekoran kenyataan fitnah tersebut, plaintif mengalami tekanan mental, kebimbangan dan rasa malu yang teruk.

Plaintif adalah berhak untuk menuntut ganti rugi teruk, tauladan, pampasan dan perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap fitnah tersebut.

Pada 16 November lalu, Anwar menuntut Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu menarik semula dan memohon maaf berhubung dakwaan yang menyinggung perasaan serta bersifat fitnah.

Lima hari kemudian, Sinar Harian melaporkan, Muhammad Sanusi berkata tidak akan membuat permohonan maaf dan bersedia sekiranya Anwar mengemukakan saman terhadap dirinya di mahkamah.

Berikut reaksi terbaru Sanusi

“Jumpa di mahkamah lah… kita kisahkan tentang sejarah…”

“Terperinci,lengkap dan cukup ramuan tentang tarikh, dakwaan mahkamah, sabitan kesalahan,jumlah hukuman penjara” – Netizan

kredit:sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *