Putrajaya: Kerajaan sudah membubarkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang sebelum ini ditubuhkan sewaktu negara berdepan pemulihan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dibatalkan kerana berlaku pertindihan jawatan yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan ketika penubuhannya.
“MPN dibatalkan, itu salah satu pertindihan jawatan yang diletakkan memenuhi keperluan ketika itu.
“Atau you nak cadang nak sambung?” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.
Pada 21 Julai tahun lalu, Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk menubuhkan MPN menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pemulihan Negara.
Majlis itu dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak 4 September tahun sama.
MPN bertindak merangka strategi dan hala tuju Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk pertimbang menteri selepas negara dilanda pandemik Covid-19.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan mendesak supaya MPN dibubarkan susulan fungsinya yang tidak jelas dan tidak perlu.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilaporkan berkata, gesaan itu antara lain dibuat berikutan MPN diterajui Muhyiddin dikatakan bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana.
Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan akan meneliti cadangan membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) berikutan banyak fungsinya didapati bertindih antara agensi penguat kuasa iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Setiap pertindihan itu menanggung kos yang tinggi,” katanya ketika mengulas spekulasi bahawa agensi yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jun 2018 itu akan dibubarkan.
Perdana Menteri berkata, apa yang penting adalah prinsip agensi itu diterima namun tidak boleh berlaku banyak pertindihan.
“Tugas Perdana Menteri pun banyak saya lepaskan dan dipertanggungjawabkan kepada Timbalan Perdana Menteri. Tetapi kalau boleh digabungkan, ia gabungkan,” katanya.
GIACC yang berada bawah Jabatan Perdana Menteri berfungsi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah di negara ini serta bertanggungjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai polisi bagi memastikan semua urusan kerajaan dilaksanakan berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.
Muhyiddin sahkan terima writ s4man Anwar
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan s4man fitn4h daripada peguam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, beliau telah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk mengendalikan kes berkenaan mengikut lunas undang-undang.“Oleh kerana Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.
Semalam Anwar memfailkan s4man terhadap Muhyiddin berhubung kenyataan fitn4h yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor dalam satu ceramah ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tuntutan s4man tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi pada pukul 10.30 pagi menerusi firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners.
Berdasarkan tuntutan, Anwar mendakwa Muhyiddin didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitn4h di ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai di Taman Selasih, Kulim sewaktu kempen PRU15 pada 5 Disember lalu.
kredit: bharian