Uncategorized

Arahan ‘gam’ Ridhuan Tee dari RTM, Ini Penjelasan Menteri Komunikasi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan dia mengeluarkan arahan bagi menyekat pendakwah terkenal, Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul di rancangan televisyen terbitan Radio Television Malaysia (RTM).

Katanya, larangan ke atas Ridhuan daripada muncul di Forum Perdana Ehwal Islam tersebut bukan di bawah bidang kuasanya.

“Tidak”, katanya yang dipetik oleh Bernama sambil menggelengkan kepala.

Rabu lalu, penceramah popular itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa dia digam oleh RTM.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Betullah tu,” katanya ringkas.

Sebelum ini beredar tangkapan layar sebuah kumpulan Whatsapp yang menyebut Ridhuan sebagai memaklumkan perkembangan itu.

Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana penampilannya.

KKD akan terus fokus ‘tenteramkan’ media sosial – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menghormati hak kebebasan bersuara, termasuk di media sosial namun pengguna diingatkan supaya tidak mewujudkan fitnah dan menyemai bibit kebencian sehingga mewujudkan ketidak tenteraman dalam negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata pelbagai berita palsu dan fitnah timbul ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan pasca pilihan raya yang menyaksikan negara mengalami situasi Parlimen tergantung.

Beliau berkata, negara kini ditadbir sebuah Kerajaan Perpaduan dan fokus pada masa ini adalah untuk bekerja dan mengemudi negara ke arah lebih baik.

“Maka sekarang selepas memegang jawatan ini, salah satu keutamaan saya ialah mententeramkan medsos (media sosial). Hak bersuara ada, hak untuk berekspresi, hak wartawan.

“Seperti…pantaulah kerajaan. Itu moto sangat baik, tapi janganlah sampai jadi fitnah tak berasas, menanam bibit kebencian, ektremisme, saya sangat terkesan apabila PRU (lalu), kadang-kadang (hal) yang disebut agak keterlaluan, nak berpolitik, politiklah, tapi bersederhana.” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan temu bual Agenda Awani: ‘Fokus Kerja, Bina Semua Keyakinan’ malam ini.

Menyentuh mengenai kebebasan media, Fahmi berkata, selagi mana ia mengikut undang-undang, media bebas dan berhak melaporkan perkembangan semasa.

Beliau, bagaimanapun berkata, selain memahami batas undang-undang, batas adab juga perlu diambil kira dalam melaporkan berita.

“Boleh memantau, saya lihat ada keperluan media menjalankan tugas, media ialah darjat wartawan, salah satu tiang seri demokrasi, jadi jalankanlah tetapi tidak boleh sehingga disalah tafsir, perlekehkan agama, Institusi Diraja, kita ada hadnya,” katanya.

Menyentuh mengenai liputan internet di negara ini, Fahmi berkata, langkah untuk mengadakan libat urus dengan pihak terbabit termasuk penyedia perkhidmatan supaya kosnya dapat dikurangkan bagi mengurangkan beban hidup rakyat.

“Dalam sedikit masa lagi kita harap ada berita baik berkenaan hal ini,” katanya.

Terdahulu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *