Uncategorized

“Awak Dengan Mulut Jal4ng Fikir Boleh Tutup Dengan Tudung?” – Isteri Pelakon Mula Tunjuk Bukti

Baru-baru ini timbul dakwaan menyatakan pelakon lelaki, Afiq Muiz memukul isterinya, Pachara Apin sehingga patah jari.

Afiq Muiz bagaimanapun menafikan dakwaan dan telah tampil membuat satu laporan polis untuk mempertahankan diri.

Adik Afiq Muiz iaitu pelakon Aishah Azman turut menafikan dakwaan abangnya seorang kaki pukul, sebaliknya dia mendakwa kakak iparnya kaki putar belit cerita sehingga menampakkan dia mangsa keadaan.

Tak berdiam diri, Pachara menerusi hantaran di media sosial memuat naik imej imbasan sinar x-ray menunjukkan jarinya patah. Dia juga memuat naik gambar menunjukkan perbezaan antara mata lebam dipukul dan alergik ubat.

Dakwa dipukul sejak 3 tahun lalu

Awak dengan mulut jalang awak fikir boleh tutup dengan tudung dan sokongan kawan-kawan sementara berlakon sepanjang hidup? Kalau nanti awak ada anak perempuan, dan menantu awak pukul anak perempuan awak teruk macam ni selama tiga tahun, mungkin masa tu awak akan terduduk dan fikir balik apa yang awak dan keluarga dah buat dekat saya.

Patch mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari awal perkahwinan lagi. Namun dia mendiamkan diri kerana mahu menjaga aib keluarga.

Kesan lebam di mata dan badan
Selain kesan lebam di badan, wanita ini turut memuat naik laporan polis yang dibuatnya untuk digunakan di mahkamah.


Di Instagram Story, wanita ini berkata dia langsung tak gentar dengan tuduhan yang dilemparkan suami serta adik beradiknya. Dakwanya, banyak lagi bukti yang dia ada namun dia akan menggunakan bahan itu ketika perbicaraan di mahkamah kelak.

“Dia Ceder4kan Diri Sendiri, Cakap Kena Pukul”, Afiq Muiz Buat Laporan Polis Difitnah Isteri Sendiri

Semalam kami melaporkan yang adik kepada pelakon, Afiq Muiz mendedahkan mengenai kakak iparnya yang didakwa kaki putar belit cerita.

Terkini! Menerusi satu perkongsian di IG Story, Afiq Muiz telah membuat satu laporan polis untuk mempertahankan dirinya.

Afiq melakukan hal ini kerana mahu membersihkan nama dan imejnya gara-gara difitnah oleh isterinya, Pachara Apin.

Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat. Tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan.

Sebelum ini, Aishah Azman menafikan dakwaan abangnya telah memukul isteri sebaliknya abangnya yang jadi mangsa pukul.

Aishah yang juga merupakan seorang pelakon mendakwa kakak iparnya berlaku curang dan mengaku dah cerai meskipun mereka masih bergelar suami isteri.

Uish, yang mana satu betul ni? Kita tunggu jelah keputusan mahkamah nanti.

Kredit: Instagram | Facebook Pachara Emmanuel Apin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *