Uncategorized

‘Banyak Dia Habis Ni’ – Ejen Hartanah ‘Review’ Rumah Mewah Shuk Sahar. Nilai Sebenar Didedahkan

Umum mengetahui, Shuk Sahar terpaksa menjual rumah mewah bernilai RM1.2 juta miliknya selepas kediaman mewah tersebut sudah mempunyai pembeli pada Jun lalu.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @syafirulizwan yang merupakan seorang ejen hartanah telah menunjukkan beberapa keping gambar sebelum dan selepas rumah mewah itu diubah suai serta mengatakan Shuk sudah berhabis banyak wang ringgit untuk kos pengubahsuaian itu.

Berjaya Bantu Pelajar Lulus Cemerlang, MCPlus Tampil Dengan Seminar SPM Terbesar Malaysia
Dapat dilihat, rumah tersebut telah ditambah beberapa bahagian dan juga mengetengahkan rekaan Europian serta perabot juga minimalis membuatkan ia kelihatan mewah.

Difahamkan, Shuk terpaksa menjual rumah miliknya itu disebabkan dia perlukan wang untuk membayar hutang kad kredit, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga untuk meneruskan kehidupannya setelah kerjayanya ‘musnah’ disebabkan kontroversi.

Perkongsian terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mahu kes Shuk dijadikan pengajaran agar mengawal perbelanjaan diri serta menyimpan wang untuk masa depan. Malah, para netizen turut mengatakan bahawa dekorasi dan rumah Shuk ini memang cantik.

Shuk Sahar akui kesilapan, tunai umrah perbaiki diri

Terdahulu Pelawak sensasi, Shuk Sahar menyedari hukum sebab dan akibat bahawa setiap tindakan hari ini akan mempengaruhi kehidupan akan datang.

Atas dasar itulah, dia secara terbuka mengakui segala kesilapan silam dan memohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan selama ini.

Shuk atau nama lengkapnya Shukri Mohamed Sahar berkata, benar hidup ini satu pilihan, namun dia bersetuju bahawa keputusan yang dilakukan seseorang itu sama ada baik atau buruk boleh mempengaruhi kehidupan masa depan.

Dia juga berharap telah mengambil keputusan yang tepat bagi mencorakkan semula kehidupannya.

“Hidup ini satu pilihan. Aku sangat setuju pilihan yang kita buat akan mempengaruhi yang bakal jadi kedepan (masa hadapan).

“Doakan aku supaya dapat membuat pilihan yang betul. Maafkan aku kalau ada salah silap aku,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Pada masa sama, bekas pengacara program I Can See Your Voice itu turut mengakui sedang proses untuk cuba memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Kalau kita buat salah, berani akui salah silap kita, hadapilah kesan daripada kesalahan yang telah kita lakukan dan cuba perbaiki salah kita. Maafkan aku,” katanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, Shuk turut memuat naik sekeping foto berada di dalam sebuah masjid dipercayai di Turkiye dalam persinggahannya bersama jemaah lain untuk ke Mekah melakukan ibadah umrah.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan kata-kata positif terhadapnya, malah ada dalam kalangan netizen turut memuji Shuk atas keberaniannya mengakui kesalahan lamanya.

“Satu aku nak puji Shuk kerana dia berani mengaku silap. Jarang lelaki begini. Selalunya akan menafikan kesalahan dan bersikap ego. Kita semua pendosa. Semoga diberi kesempatan untuk perbaiki diri,” kata seorang pengikutnya.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik untuk mendapat umrah yang mabrur,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Dalam satu hantaran berbeza, Shuk yang disoal netizen sama ada dia merindui untuk melawak di atas pentas mengakui sangat merindui komedi itu yang telah membesarkan namanya dalam dunia seni hiburan.

“Ada orang tanya saya tak rindu ke nak melawak lagi? Saya tak rindu ke nak jadi pengacara, buat kemunculan semula?

“Sumpah aku rindu. Rindu nak melawak, rindu nak jadi pengacara. Rindu nak bercakap dengan kawan-kawan dalam radio,” tulisnya ringkas

Terdahulu, nama dan juga karier Shuk dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pengacara dan penyampai radio musnah selepas beberapa kali terpalit kontroversi melibatkan masalah kecurangan dalam rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera.

Isu pergolakan rumah tangganya tular dalam media sosial berikutan pendedahan Sera tentang Shuk yang didakwa berlaku curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Susulan pendedahan kecurangannya, kehidupan Shuk mula terumbang-ambing. Bukan sahaja hilang pekerjaan sebagai penyampai radio dan tiada tawarann pekerjaan, dia mula mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual rumah banglo bernilai RM1.2 juta selain sudah jarang muncul dalam televisyen.

Pada November tahun lalu, Sera dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk. – KOSMO! ONLINE

kredit: the vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *