Uncategorized

Bapanya Baru Beberapa Hari Dilantik Sebagai TPM, Jawatan Terkini Anak Zahid Bukan Biasa2

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid ditetapkan semula sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif MQ Technology Bhd. (MQTech) berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini merupakan naib pengerusi syarikat pembuatan acuan industri itu sejak dilantik ke jawatan tersebut pada 2 Jun lalu, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

Nurulhidayah, 44, adalah anak kepada Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik Jumaat lalu.

Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.

Dalam makluman berasingan, MQTech turut mengumumkan pengerusinya, Datuk Lim Char Boo, 68 ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi, juga berkuat kuasa hari ini.

Saham syarikat pengilang acuan industri MQ Tech melonjak 50 peratus susulan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Saham MQ Tech diniagakan sekitar RM0.05 sehingga petang Jumaat – ketika lantikan jemaah menteri diumumkan, yang menyaksikan kenaikan harga seketika kepada RM0.06.

Ketika pasaran dibuka semula semalam, saham MQ Tech mencecah paras tinggi RM0.075.

Pada hari yang sama, MQ Tech mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa anak Zahid, Nurulhidayah, dilantik sebagai pengerusi kumpulan, bertukar peranan dengan Lim Char Boo, yang akan menjadi naib pengerusi kumpulan.

Nurulhidayah, 43, menyertai lembaga pengarah MQ Tech pada 2 Jun.

Dia juga menjadi pengarah eksekutif syarikat hartanah Menara Rezeki Sdn Bhd dan mengasaskan syarikat fesyen Couverture.

Menurut The Edge, suaminya Saiful Nizam Mohd Yusoff terlibat dalam rombakan lembaga pengarah di Jiankun International Bhd semalam.

Saiful Nizam dilantik semula sebagai presiden syarikat, dua bulan lepas menjadi timbalan pengerusi eksekutif.

Jiankun and Menara Rezeki mempunyai hubungan satu sama lain.

‘Terima kasih percaya abah kami’

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada abah kami,” kata Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Nurulhidayah menzahirkan penghargaan itu menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, awal pagi tadi susulan pelantikan bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menerusi hantaran itu, Nurulhidayah turut memuat naik gambar bersama bapa dan adiknya dengan kapsyen sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi.

“Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah buat kami malam ini (malam tadi).

“Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai ‘amanah tambahan’ dari Allah untuk memastikan abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti.

“Allah Maha Baik. Semoga Allah permudahkan dan memberi kelancaran kepada kerajaan yang baharu ini dan diringankan dari ujian dan musibah yang berat. Amin,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Nurulhidayah turut menyatakan peranannya dalam keluarga dan tidak kisah berdepan cemuhan masyarakat.

“Segala puji hanya bagi Allah. Kami hanya dua beradik perempuan daripada lima beradik.

“Kebetulan, kedudukan kami bergambar adalah gambaran kedudukan tugas kami dalam keluarga.

“Saya (Kak Long) akan menjaga benteng dari luar dan adik saya (anak kedua) akan menjaga dari dalam. Segala keperluan, kesihatan, makanan dan apa saja ‘internal affairs’ (hal dalaman) dia akan jaga.

“Itu sebab saya yang paling dikenali dan yang paling teruk kena hentam.

“Saya tak kisah kerana saya rasa berbaloi untuk saya ambil tugas menjaga ‘external affairs’ (hal luar) demi abah dan emak serta keluarga,” katanya.

NurulHidayah Ahmad Zahid kini Pengerusi MQTech

kredit: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *